Hari ini cukup 6 bulan kerjaya
saya sebagai Real Estate Negotiator. Baru setahun jagung. Nak panggil setahun
jagung pun malu. Maybe sebulan jagung lagi sesuai…
Saya masih ingat, ketika habis
degree, ramai kawan2 saya join bidang2 lain yg mana mepunyai gaji yang tetap.
Tapi saya, saya buat keputusan untuk masuk bidang ini, walaupun saya sedar
gajinya bergantung kpd komisyen semata-mata…
Tiga bulan pertama ia amat sukar
bagi saya. Macam-macam perkara berlaku. Dengan pengalaman yang tidak ada, saya
gagahkan diri untuk mencuba. Hasil guide dari senior, saya lakukan
perlahan-lahan. Antara perkara yang saya
pernah lalui:-
1- Banyak soalan2 yang saya tidak tahu jawab yang
dikemukakan oleh client kpd saya.
2- Pernah berlaku satu kes yang mana kes itu hampir
selesai, tapi vendor cancel last minute. Stress sangat, tapi semua itu silap
saya. Kerana tidak mengambil tandatangan vendor. Kesannya vendor boleh cancel
bila2 masa tanpa risau dikenakan tindakan apa2.
3- Ada ketika kita dh buat yg terbaik. Tapi masalah
berlaku kerana orang lain.Kadang-kadang vendor lambat bagi dokumen, purchaser
lambat bagi dokumen, malahan kadang2 lawyer juga lambat bertindak. Semua ini
beri kesan kpd kita.
Tiga bulan pertama, saya terpaksa berjimat cermat. Maklumlah, tidak ada apa2 komisyen pun yang saya dapat. Susah sebenarnya. Tiap2 malam stress. Fikir itu, fikir ini. Sehingga nak tidur, nak pejam mata itu memang susah…
Tapi, betul orang kata. Rezeki
itu ada di mana2. Setelah lebih 3 bulan, segalanya menjadi semakin ok. Saya
juga sudah semakin faham dan tahu prosedur, kehendak client, urusan bank dan
lain2. Hasilnya, hari ini cukup 6 bulan, saya dah selesai menjual 7 biji rumah.
Saya dah buat 11 close deal. 7 selesai dijual (means dah sign snp) manakala 4
cancel atas masalah2 tertentu. Saya x sure samada angka ini banyak atau tidak
untuk orang yg baru seperti saya. Tapi inilah yang saya mampu lakukan setakat
ini. Berikut senarai ringkas property yg saya dah jual. Semuanya murah2 je.
Belum dapat yang mahal2…
1- Shop
Apartment Taman Sri Manja, PJ (RM 142,000)
2- 1
sty Taman Klang Indah, Klang (RM 150,000)
3- 2
sty Puncak Alam (RM 200,000)
4- 1
sty Taman Perepat Permai, Kapar (RM 135,000)
5- Kiambang
Apartment, Bukit Subang (RM 120,000)
6- 2
sty Seksyen 19, Shah Alam (RM 180,000)
7- Shop
Apartment Pusat Komersial Seksyen 7,
Shah Alam (RM 190,000)
Shah Alam (RM 190,000)
Jangan tanya saya berapa komisyen
yang saya dapat. Saya beritahu ringkas sahaja. Setiap rumah yang dijual, real
estate negotiator akan dapat 3% dari harga rumah. Daripada 3% itu, 70 % adalah
untuk dirinya dan 30% adalah untuk syarikat.
Sekarang, saya sudah dapat kerja
yg dapat gaji tetap. Mulai 15/8 saya akan bertugas di Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta, DBKL sebagai Pegawai Penilaian. Kalau diikutkan, saya tidak
perlu lagi khuatir dan risau mengenai gaji, kerana setiap bulan income tetap
itu ada. Hmm…Setelah 6 bulan, akhirnya kepala saya kembali tenang. Kalau
sebelum ini saya khuatir mengenai wang, maybe lepas ni kerisauan itu boleh
dikurangkan.
Namun demikian, saya akan
teruskan kerja jual beli rumah ini. Maybe hujung minggu saya tidak berapa nak
ada. Saya perlu fokuskan juga kpd urusan jual beli rumah. Saya sayang untuk
meninggalkan bidang ini walaupun dah dapat kerja lain. Doakan saya ya. Agar terus
istiqamah untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa..
Inilah sedikit coretan saya.
Bukan hendak menunjuk, Cuma saya suka bercerita pengalaman. Mana tahu, ada
benda baik yg boleh dikongsikan.
Akhir kalam, dalam hidup ini,
jangan takut untuk mencuba. Jangan khuatir untuk melakukan apa2. Bertindak
sahaja. Insyaallah…Allah bantu mereka yang berusaha!!!
PILIHLAH!!!