coretan hidupku,diariku,,aktivitiku,luahanku,pengalamanku & segalanya berkenaan diriku...
Friday, December 21, 2012
Tuesday, July 31, 2012
Suara itu Imamku...
“Ummi!!! Abang IKhwan betul ke mahu kahwini Humaira?”
Bentak Humaira dengan nada sedikit geram.
“Humaira… Apa yang Humaira katakan ni? Humaira sedar tak
apa yang Humaira ucapkan? Kalau dengar dek Abi nanti, silap-silap kena marah
kamu Humaira.” Balas Ummi dengan sedikit terkejut.
“ Yelah… Humaira bukannya mahu keluar berdating dengan dia. Bukan mahukan dia call atau sms Humaira tiap-tiap masa pun. Tapi kalau betul-betul dia serius, sekurang-kurangnya
tanyalah khabar sekali-sekala. Humaira sihat ke, sakit ke, makan ke tidak. Dia
diam saja. Dari hari bertunang hari tu sampailah sekarang, khabar berita pun
tak dengar. Dah la Humaira hanya tengok
batang hidung dia hari tu je. 10 minit pun tak sampai Ummi. Silap-silap haribulan,
hari perkahwinan nanti Humaira sendiri tak tahu mana satu suami Humaira.” Bebel
Humaira dengan nada semakin marah.
“Humaira... Sudah-sudah. Jangan dilayan sangat perasaan
kamu itu. Bukankah ini lebih baik. Kalau kamu dan dia berhubung, khuatir nanti
terjerumus ke lembah maksiat. Allah murka Humaira. Mungkin Ikhwan ada sebab
tertentu dia berbuat begini”. Nasihat Ummi dengan lemah lembut.
“Ummi!!! Humaira bukan budak kecil lagi. Humaira bukan
tak belajar agama lansung. Humaira tahu mana baik, mana buruknya. Humaira hanya
mahukan kepastian. Humaira tak nak Abang Ikhwan kahwini Humaira sebab Ummi,
sebab Abi. Humaira takut. Humaira takut nanti bila dah kahwin, Abang Ikhwan tak
melayani Humaira seperti seorang isteri. Ummi dan Abi saja yang mengenali Abang
Ikhwan. Tapi Humaira? Bersua muka dengan dia pun hanya sekali. Lepas tu ghaib.
Diam menyepi. Silap-silap haribulan dia sudah ada seseorang di hati. Sebab tu
dia tak ada rasa nak mengenali Humaira.” Bentak Humaira dengan suara bercampur
sebak, lalu terus meluru masuk ke biliknya.
“ Humaira! Humaira! Jangan diungkap sebegitu Humaira.
Istighfar nak. Dengar dulu cakap Ummi. Humaira!” Panggilan Ummi tidak
diendahkan. Ummi hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia masak benar dengan
sikap anak tunggalnya itu. Apabila marah, garangnya menjadi-jadi. Mudah
merajuk. Namun, dia seorang anak yang baik. Anak yang cukup solehah. Humaira
diberikan pendidikan agama yang secukupnya oleh Ummi dan Abi. Setiap pagi,
pasti Humaira mengejutkan dia dengan alunan bacaan al-Quran yang mendayu-dayu
di subuh hari. Dan dia jugalah yang menyiapkan sarapan untuk kedua orang
tuanya. Pantang disebut tentang masakan, dialah yang paling excited. Boleh dikatakan kerja-kerja
dapur semuanya dilakukan oleh Humaira. Setelah pulang dari Mesir dan menamatkan
pengajian dengan jayanya di sana, Ummi dan Abi bertekad untuk menjodohkan
beliau dengan seseorang. Ikhwan. Muhammad Ikhwan bin Ibrahim.
“Ikhwan... Abi tidak memaksa Ikhwan untuk menerima
Humaira. Abi juga tidak menghalang kalau Ikhwan sudah ada seseorang di hati.
Cuma, kalau boleh, Ikhwan fikirlah dengan sedalamnya permintaan Abi ini. Sejujurnya,
Abi berkenan dengan Ikhwan. Abi nampak hanya Ikhwan yang boleh memimpin Humaira
ke jalan yang diredhai Allah. Ke jalan syurga. Ke jalan kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat. Fikirlah sedalam-dalamnya. Abi menunggu jawapan dari
Ikhwan”. Abi bangun lalu mengusap perlahan bahu Ikhwan sebelum meninggalkan
beliau berseorangan.
Ikhwan merenung jauh memandang tangga masjid. Tidak dapat
dipastikan apa yang sedang bermain di fikirannya. Namun yang pasti, permintaan
Abi tadi benar-benar membuatkan dia berfikir.
Ikhwan bukanlah seseorang yang berpelajaran tinggi. Bukan
lulusan agama dari universiti di Mesir. Bukan jua seorang yang berharta. Dia
tidak punya apa-apa. Hanya yang ada sebuah rumah peninggalan datuknya. Di
situlah tempat dia berteduh. Rumah yang berhampiran masjid itu sudah cukup
usang. Namun dia tidak punya tempat lain. Biarlah. Biarlah dia menzuhudkan diri
di situ. Setiap hari, Ikhwan tidak
pernah tertinggal solat berjemaah dan tazkirah serta ceramah-ceramah agama di
masjid tersebut. Dia juga sering ke kuliah agama di sekitar negerinya. Keinginannya
yang tinggi dalam mendalami agama telah merapatkan Ikhwan dengan Abi iaitu Imam
di masjid tersebut. Boleh dikatakan Abi
sering membawa Ikhwan ke ceramah-ceramah agama di sekitar negerinya. Dan hal
ini telah merapatkan hubungan antara Ikhwan dan keluarga Abi.
“Ikhwan... Lepas ni usahlah kamu berbahasa Pak Cik dan
Mak Cik lagi. Panggil saja Abi dan Ummi. Lagipun kami ni bukan ada anak lelaki
pun.” Detik Abi sebaik saja sampai di rumah Ikhwan untuk menghantar beliau
setelah mendengar ceramah agama.
“Betul tu Ikhwan. Kami dah lama teringin nak ada anak
seorang lagi. Tapi tak ada rezeki. Anggaplah kami ni macam keluarga kamu.
Bolehkan nak?” Ummi pula membuat permintaan yang sama.
Ikhwan hanya tersenyum. Ada rasa segan terbit dari
wajahnya. Sejak dari kecil sehinggalah besar, dia tidak pernah mengenali kedua
orang tuanya. Dari kecil, dia hanya mengenal datuknya. Dia hanya tahu, yang dia
hanya ada seorang datuk, tiada saudara dan tiada juga ahli keluarga terdekat.
Namun, menurut cerita orang kampung, kedua orang tua Ikhwan meninggal akibat
kemalangan semasa Ikhwan kecil lagi. Ketika itu, Ikhwan tidak ikut serta. Dia
dijaga oleh datuknya. Kedua-dua orang tuanya meninggal dunia di tempat
kejadian.
“Humaira! Kenapa monyok sahaja muka kamu?” Sapa Abi
sebaik sahaja Humaira masuk ke dalam rumah.
Humaira hanya diam lalu melabuhkan punggungnya di sofa.
Memeluk bantal dan terus termenung sepi. Abi mengerti benar dengan sikap anak
perempuan dia itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu Abi terus mendekati
Humaira dan melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Humaira... Cuba cerita dengan Abi. Humaira ada masalah
ke? Atau ada apa-apa yang berlaku tadi? Soal Abi buat kali kedua.
Lama Humaira terdiam. Kemudian direnung mata Abi.
Kelihatan air mata jernih mula terbit di tubir matanya.
“Abi... Abi yakin Abang Ikhwan benar-benar mahu menikahi
Humaira?Abi yakin dia adalah jodoh Humaira?” Terpacul soalan itu dari mulut
Humaira.
Abi kelihatan sedikit tersentak. Dia menarik nafas
panjang lalu mengusap bahu anak gadisnya itu.
“Humaira... Ikhwan tu Abi jaga dia sudah lama. Abi juga
didik dia macam anak Abi sendiri. Takkan lah dia tergamak mempermain-mainkan
perkara yag sangat penting ini. Kalau benar dia tidak mahu, pasti dia akan
memberitahu kepada Abi atau Ummi awal-awal lagi. Kamu jangan fikir bukan-bukan.
Sekarang ini tarikh perkahwinan makin dekat. Mungkin perasaan kamu tidak
menentu.” Nasihat Abi dengan lemah lembut.
“Tapi Abi... Kalau benar dia ikhlas, kenapa dia buat
macam ni? Abi tahu tak, tadi Humaira ke masjid. Humaira terserempak dengan dia
di pintu pagar masjid. Dia bagi salam kemudian terus berlalu pergi. Dia
seolah-olah tak ada pun rasa nak bercakap sebentar dengan Humaira. Tanya khabar
ke, atau bercakap apa sahaja asalkan tidak berlebih-lebihan. Humaira nak juga
tahu dia tu perangai macam mana. Takkan lah bercakap di depan masjid dan ada
orang di sekitar tu pun tak boleh. Buruk sangatkah Humaira sampai dia tak nak
pandang lansung Humaira ni?” Humaira mula naik marah seperti mana sikapnya
sebelum ini.
“Humaira... Kamu ni. Bukan kamu tak tahu Ikhwan tu macam
mana. Dia mana biasa dengan perempuan ni. Dia sangat menjaga akhlaknya Humaira.
Mungkin dia bimbang, memandang kamu membuatkan hati dia lara. Dan mungkin juga
dia segan. Ramai orang di sekitar kamu pada masa itu. Janganlah fikir yang
bukan-bukan nak. Abi yakin itulah jodoh kamu.” Abi menasihati lagi.
“Abi... Humaira bukan nak minta dibelai,dikasihi pun.
Humaira tahu, itu semua haram selagi belum diijabkabulkan. Humaira cuma pelik,
dia seperti tidak mahu menemui Humaira langsung. Tidak salah pun untuk dia
bercakap sekejap dengan Humaira. Sekurang-kurangnya tanyalah pasal persiapan
kahwin kami. Hmm... Kalau begini sikap dia, macam mana Humaira nak jadi isteri
dia nanti Abi? Humaira takut, bila dah kahwin nanti, Humaira dipersiakan.”
Humaira mula menangis.
Abi lalu mengusap perlahan bahu Humaira. Anak tunggal
beliau yang sangat disayangi. Walaupun apa yang diperkatakan Humaira itu betul,
namun Abi tetap yakin yang Ikhwan adalah pasangan terbaik untuk Humaira. Lagi
pun dia tahu, Humaira seorang yang panas baran dan mudah marah. Sejak dari
kecil lagi sikap itu timbul. Walaupun Humaira diberikan pendidikan agama yang
secukupnya, namun sikap itu masih wujud dalam dirinya. Begitulah manusia. Tidak
ada yang sempurna.pasti ada kekurangannya. Dan Abi tahu hanya Ikhwan yang boleh
menundukkan sikap panas baran Humaira. Kerana selama ini, Ikhwan begitu
penyabar dalam kehidupan sehariannya. Jarang sekali dia melihat Ikhwan marah. Mengeluh
sedikit pun tidak. Itulah sikap keperibadian Ikhwan yang telah mencuit hati Abi
dan Ummi.
.................................................................................................
Azan maghrib mula kedengaran. Kelihatan para jemaah
berpusu-pusu ke masjid. Meninggalkan segala urusan duniawi. Kini urusan ukhrawi
pula yang harus dicari. Seperti biasa Masjid Al Mukmin akan dipenuhi dengan
jemaah-jemaah di sekitar kampung tersebut. Abi telah membangunkan masjid ini
sehinggalah menjadi salah sebuah masjid yang paling ramai jemaah. Hal ini kerana
pelbagi program masjid diatur dari sehari ke sehari. Segalanya berkat usaha
Abi.
Seorang pemuda berjalan tenang menuju ke masjid tersebut.
Sesekali dia tersenyum sambil memberi salam kepada jemaah yang terserempak
dengannya. Diambilnya wuduk lalu terus meluru ke saf pertama dalam masjid.
Iqamah kedengaran dari bilal.
“Ikhwan... Silakan. Imamkan kami semua. Silakan nak.”
Tiba-tiba Abi meluru kepada Ikhwan lalu menyuruhnya menjadi imam.
Ikhwan tersentak. Mukanya sedikit berubah. Kelihatan ada
sedikit rasa cemas di wajahnya.
“Tapi Abi... Ikhwan tak layak Abi. Banyak lagi yang
Ikhwan kena belajar. Abi sajalah yang imamkan”. Ikhwan menolak.
Namun demikian, Abi terus membawa Ikhwan ke tempat imam.
Lalu menepuk bahu Ikhwan untuk memberikan semangat dan keyakinan kepadanya.
Ikhwan cuba meyakinkan diri. Mengimami jemaah pastinya tanggungjawab yang
sangat besar. Jika imam silap, maka silaplah makmun. Dia harus tanggung
kesilapan itu. Setelah benar-benar yakin,Ikhwan lalu mengangkat takbir. Bacaan Al-Quran
yang benar-benar mengasyikkan kedengaran dari Masjid Al Mukmin pada malam itu.
“Abi!!! Siapa yang jadi imam tadi Abi? Sedapnya suara
dia. Khusyuk sangat solat. Bacaan dia benar-benar mengasyikkan dan mengikut
tajwid yang betul. Sampai Humaira tak sedar yang Humaira sudah berada di rakaat
yang terakhir.” Tiba-tiba Humaira bertanya kepada Abi sebaik sahaja mereka
memasuki rumah setelah pulang dari masjid.
Abi hanya terdiam. Diletaknya serban kesayangannya lalu
meluru ke sofa. Dan duduk.
“Abi!!! Jawablah!!! Kenapa diam sahaja? Nak kena Abi
ni!!!” Seperti biasa, Humaira mula melenting.
“Kawan Abi. Ustaz di sekolah dekat sini.” Jawab Abi
ringkas.
Humaira seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
Dia terus berlalu masuk ke bilik.
“Alangkah indahnya kalau suara itu adalah suara bakal
imamku”. Getus hati kecil Humaira. Namun, mengingatkan saja sikap Ikhwan
kepadanya, terus rasa itu dipendamkan. Kelihatan dia masih menyimpan luka yang diguriskan
oleh bakal suaminya itu tempoh hari.
......................................................................................
Hari semakin berlalu. Kini cuma tinggal seminggu sahaja
lagi untuk Humaira bergelar seorang isteri. Semakin hari, semakin dia tidak
menentu. Ikhwan menyepi dan terus menyepi. Abi dan Ummi pula buat endah tidak
endah. Sengaja Humaira tunjukkan muka tidak gembira di hadapan orang tuanya.
Namun, Abi dan Ummi buat selamba sahaja. Bertanya pun tidak. Lagi bertambah
geram Humaira. Sesekali dia melihat telefon. Mana tahu ada khabar dari Abang
Ikhwan. Namun hampa. Telefonnya terus sepi. Sesepi hatinya. Sesekali apabila
dia ke masjid, sengaja dia liarkan sedikit mata untuk mencari kelibat itu. Namun
tidak jua ditemui. Dia hairan, ke mana menghilangnya Ikhwan?
“Ummi... Seminggu lagi Humaira bakal menjadi isteri
orang. Tapi kenapa sampai sekarang, Abang Ikhwan tidak kunjung tiba. Khabarnya
juga tidak ada. Di masjid pun tidak nampak. Silap-silap hari bulan dia dah
pergi. Mana tahu mengejar gadis lain.” Ngomel Humaira di hadapan Ummi.
“Ish kamu ni Humaira. Fikirlah dulu sebelum bercakap.
Jangan fikir yang bukan-bukan sangat. Baru sekejap tadi abah menemui Ikhwan.
Dia ada sahaja. Kamu sahaja yang tidak nampak.” Balas Ummi membetulkan keadaan.
“Erkk..Abang Ikhwan sihatkan Ummi?” Tanpa diduga, soalan
itu terpacul keluar dari mulut Humaira.
“Hai kenapa? Dah rindu sangat ke kat cik abang kamu tu?
Tak pernah Ummi dengar soalan macam tu dari kamu”. Perli Ummi kepada Humaira.
“Apa Ummi ni? Orang serius lah!!! Eeeee...” Humaira terus
berlalu membawa diri ke dalam biliknya.
“Ya Allah, adakah ini pilihan yag terbaik buatku?
Sungguh, aku benar-benar tidak yakin dengan apa yang aku sedang hadapi
sekarang. Adakah ini petunjuk yang dia bukan jodohku? Atau ia hanya mainan
syaitan untuk menggugat keyakinan hatiku?” Getus Humaira dalam istikharahnya
pada malam itu.
“Pengantin sudah sampai!!! Humaira, cepat turun. Akad
nikah akan dijalankan sekejap sahaja lagi”. Tiba-tiba suara Ummi mematikan
lamunannya pada pagi itu.
Selepas istikharahnya pada malam itu, hati Humaira mulai
tenang. Dia tidak lagi kerisauan seperti sebelumnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jadi
setenang itu. Dia juga tidak tahu kuasa apakah yang telah meresap masuk ke
badannya. Dia kini semakin yakin yang Abang Ikhwan adalah jodohnya. Cuma yang
pasti, ada satu mimpi aneh yang berlaku pada malam itu. Dia melihat seorang
lelaki sedang mengimami jemaah yang ramai. Dan yang pasti, suara lelaki itu
adalah sama dengan suara yang dikatakan kawan kepada Abi tempoh hari. Dia mula
berfikir. Adakah Abi bercakap benar atau suara itu sebenarnya suara orang lain?
Suara Abang Ikhwan? Dia sendiri tidak tahu jawapannya.
“Humaira, cepatlah sikit. Orang dah tunggu kat bawah tu”.
Ummi sekali lagi bersuara setelah melihat Humaira masih lagi berada di tempat
duduknya.
“Ya Ummi. Sekejap lah.” Humaira turun perlahan di temani
Ummi dengan hati yang penuh debaran. Pagi ini dia akan menjadi isteri. Punyai
tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul.
Air mata Humaira menitis di saat selesai diijabkabulkan.
Abang Ikhwan yang sudah sah menjadi miliknya kini berada di hadapan matanya.
Kali ini Ikhwan tidak seperti sebelum ini. Dia benar-benar tenang. Senyum manis
memandang para hadirin. Tidak ada sedikit pun rasa gementar dan malu seperti
mana ketika dia berhadapan dengan Humaira sebelum ini. Sesekali Humaira
menjeling melihat raut wajah suaminya.
“Arghh... Dia memang pandai berlakon. Berlagak tenang
depan orang ramai. Geram!!!. Getus hati kecil Humaira sedikit marah. Marah bercampur
gembira mungkin. Dia masih tidak bercakap dengan suaminya. Memandang wajah
suaminya pun dia segan.
“Kenapa dengan aku ni? Dulu berlagak sangat nak dia
tengok aku. Sekarang aku pula yang tak boleh tengok dia. Eee.. Dia ni. Selamba
je senyum kat kita. Hari tu bukan main malu lagi. Pandai betul dia berlakon”.
Hati Humaira sekali lagi berbicara. Sikap suaminya pada ketika itu benar-benar
membuatkan dia pelik. Sangat tenang dan tidak seperti sebelumnya.
Hari makin melabuhkan tirainya. Para tetamu sudah mulai
lengang. Humaira memandang sekeliling. Dilihat suaminya masih melayan beberapa
orang tetamu yang masih belum pulang. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang.
Sesekali dia melihat jam di tangan. Terbayang-bayang di wajahnya bagaimanakah
dia harus lalui malam ini. Malam pertama bersama suaminya. Dia sendiri masih
belum bercakap dengan suaminya itu. Rasa gementar terus melanda diri.
Bagaimanakah dia harus berhadapan dengan semua itu?
Malam itu, Humaira berimamkan suaminya, Ikhwan.
Sungguh... Sekali lagi dia mendengar bacaan yang mengasyikkan itu. Sungguh
indah suara itu. Dia seolah-olah dibuai-buai dengan kelunakan suara suaminya
membaca Al Quran. Solatnya benar-benar bermakna. Barulah dia sedar, suara indah
itu adalah suara Ikhwan. Suara orang yang telah sah menjadi suaminya. Usai solat,
Ikhwan membacakan wirid dan berdoa. Humaira mengalirkan air mata mendengar
bacaan doa yang sungguh syahdu itu.
“Sayang...Kenapa menangis?”. Ikhwan memegang kedua bahu
isterinya dengan penuh kasih sayang.
Tersentak Humaira mendengar suara itu. Dia tidak sedar yang
suaminya sudah habis membacakan doa itu. Cepat-cepat dia menyeka air matanya.
Namun dengan pantas, digenggam tangannya oleh Ikhwan.
“Sayang...Jangan sesekali sayang mengesat air mata sayang
dengan tangan ini. Tangan ini banyak lagi kegunaannya. Biarkan tangan abang
sahaja yang megesat air mata itu.” Kata Ikhwan lalu terus mengesat air mata
isterinya.
Dibangunkan isterinya lalu dipimpin ke birai katil. Suasana
malam terus menjadi saksi kepada kedua mempelai yang baru sah diijabkabulkan
ini. Pasti, malam ini adalah malam terindah buat mereka.
“Sayang, kenapa tidak mahu memandang wajah abang?
Bukankah wajah ini yang sayang mahu lihat selama ini?” Ikhwan terus memujuk
perlahan isterinya.
Tangisan isterinya masih kedengaran. Lama dia mendiamkan
diri. Hanya tangisan yang sesekali kedengaran. Ikhwan masih bersabar. Diusap perlahan
bahu isterinya. Menenangkan Humaira dengan penuh rasa kasih sayang.
“Abang jahat... Abang seksa Humaira. Abang tak pedulikan
lansung Humaira selama ni. Humaira terseksa. Humaira takut. Sikap abang yang
dingin dan seperti tidak mahu menemui Humaira, membuatkan Humaira takut untuk
meneruskan apa yang dirancang sebelum ni. Abang jahat. Sanggup abang seksa Humaira
macam tu”. Bentak Humaira sambil menumbuk manja dada suaminya.
“Betul ke abang tak ambil tahu hal Humaira? Bukankah setiap
pagi Humaira bangun baca Al-Quran. Kemudian memasak untuk Abi dan Ummi? Dan
Humaira pernah marah-marah sebab abang tak hiraukan Humaira semasa kita
terserempak di masjid hari tu. Humaira dulu masa kecil suka menjerit. Dan bila besar, panas baran. Cepat marah. Cepat
merajuk. Masa kecil rambut Humaira merah. Pelik dari yang lain. Tapi bila dah
besar, nasib bertukar hitam kembali. Hahaha...Betulkan? Kan? Kan?” Usik Ikhwan
lalu mencubit pipi isterinya.
“Abang!!! Apa ni? Jangan nak cubit-cubit orang ok! Abang berpakat
dengan Abi dan Ummi eh? Cepat mengaku!!! Eeee... Geramnya!!! Siap Ummi dan Abi
esok. Pandai kenakan Humaira. Mana aci macam ni. Abang dah tahu banyak rahsia Humaira.
Tapi, kenapa abang buat semua ni? Sila terangkan segera!!! Kalau tidak, dipersilakan
keluar cik abang. Malam ni tidur kat luar!!!” Balas Humaira seolah-olah
bertegas.
Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Ikhwan memegang
tangan isterinya lalu mengucup lembut tangan itu. Humaira benar-benar terkejut.
Itulah pertama kali dia diperlakukan sebegitu. Kemudian, suaminya menatap
wajahnya dengan penuh kasih sayang. Humaira juga menatap wajah itu. Mata mereka
bertembung. Sungguh jernih dan menenangkan pandangan itu.
“Sayang, sebenarnya setiap hari abang mengambil berat
tentang diri sayang. Setiap hari abang akan bertanya kepada Abi tentang keadaan
sayang. Sayang tahu tak, bila sayang menangis, abang benar-benar rasa bersalah.
Abang bukan tidak mahu bertanyakan khabar sayang. Bukan juga tidak mengambil
berat tentang sayang. Abang cuma mahukan saat manis itu terjadi pada waktunya. Dan
waktunya telah tiba sekarang. Kalau dulu kita sudah bersua muka, bercakap dan
sebagainya, abang khuatir itu boleh mendatangkan dosa buat kita bersama. Abang tak
nak jadi pencetus kepada dosa sayang. Abang khuatir kita terjebak dalam lembah
percintaan yang diharamkan. Ya, benar, kita mungkin hanya berjumpa di khalayak
ramai. Berborak secara berjauhan. Tapi ingatlah sayang, syaitan itu ada di
mana-mana. Abang tak nak kita terbabas. Sebab abang mencintai sayang. Abang mahu,
segalanya itu berlaku saat semuanya telah halal.”
“Abang, sayang tidak menyangka yang sayang akan
dipertemukan dengan orang seperti abang. Alahamdulillah... Kau makbulkan juga
doaku ya tuhan. Terima kasih untuk semua ini. Maafkan sayang atas sikap sayang
yang berfikir bukan-bukan tentang abang selama ini. Sayang menyesal. Tolong maafkan
sayang ya”.
“Sayang, sudahlah. Abang tidak pernah ambil hati pun. Abang
faham kenapa sayang berfikiran begitu. Maafkan abang juga. Abang tidak berniat
melukakan hati sayang.”
“Sayang!!! Erk..sudah jam 12 am. Sudah lewat. Rasanya ada
sesuatu yang belum kita selesaikan.” Usik Ikhwan sambil tertawa kecil.
“Abang??? Apa? Humaira seolah-olah kehairanan.
“Pergi ke bintang bersama abang.”
Lampu dipadamkan...
Dan pabila
saatnya telah halal, segalanya pasti indah. Diukir perhubungan dengan nilai
Islam, pasti penghujungnya adalah kebahagiaan.
4/8/2012
Ramadhan yang ke 15
Tuesday, May 10, 2011
coretan selepas exam...
salam sume..huhu..da lme x update blog.hmm..esk che han akn blek klate.tnh airku tercinta.haha.so,b4 blek nk update dlu blog ni. ye laa..ble kt umah t,xtaw dpt update blog x.mklum laa..kt umh ni ssh cket nk ngadap2 lptop ni.ad beberapa perkata nk sembng mlm ni:
1- my coretan to Bila Che Han Menulis...
utk tman2 maya,che han da tkr nme blog ni.xnk my coretan lg.haha..npe??ntah..bm cmpur bi.kte hrus martabatkn bahasa melayu.x gtu??hehe..n che han xnk gne lg bhasa aku ko ni..x sopan.che han akn sebut nme "che han"..hehhe..blehkan??hmm..lg 1,che han nk tkr lgu.tp xjpe2 g lgu mne.xnk laa lgu sme jee..jeles tgk blog kwn che han, ayik tkr lgu je.haha..
2- semester 3 da abez..
alhamdullilah..berakhir jgk semester 3 pg td.huh..kt bwh ni nk gtaw conclusion utyk sem ni:
- sem ni blaja pling pnt.xtaw npe..assgmnt byk compare ngn sem2 lps.myb ni sbb da tkr kampus ke shh alm.so,mst laa len cket suasana nyee kn.huhu
- sem ni nk kte bez 2 xgk..nk kte x bez xgk..hmm..xtaw npe..mcm ad kekurangn jee..cm x bpe epi cm sem2 lps..myb sbb blum jpe kwn2 yg sekepala.yg leh gelak sme2 cm kt perak dlu kot.ni kn 1st sem kt cni..soe laa kwan2 lau che han mcm sedikit sombong.cm xbpe nk tgur owg..bkn cm 2 sebenrnyee..cik han ni jns lmbt sesuaikn diri ngn kwn2 bru..huhu..lg pun, kte nk plih kwn mst laa kne hati2 kn..tp xpe..hop sem dpn dpt rse lg bez..ad rmai kngkwan n x smstnye kwn batch jee..
kt bwh ni che han nk upload laa kenangn2 spnjng sem ni..tgk2 laa yee..tq..
![]() |
| en farid pun join ktowang.hahaa.. |
![]() |
| trip kee johor n singapore |
![]() |
| cm xcye jee dpt gmbr ngn in team..hhee,,kat FENU.festival nsyid universiti kt DATC... |
![]() |
| kngn kem fasilitator.tp syg..sebentar jee perkenalan kte...hop jpe g nnt...tgk pp che han time ni..mmg gmuk ngt time ni..blek umah,umi kate mke da mkin teruk..kne control mkn. |
![]() | ||||
| adusss..mke ku yg hiitam jd putih akhirnyeee... |
p/s: tgh memikirkn nk kje pe time cti nii...
Tuesday, April 19, 2011
sy mahu kehidupan baru!!!
slmt pagi sume..sknnk tpat jam 5 pagi.huhu..mata ni msh terbukak..huh..penat...biaselah..dekat2 exam ni,
siang mta terttp tp mlm dye terbukak luas.bkn pee..lau bkk time siang,byk ngt gnguan.tp lau bkk mlm,xde gnguan..aman je..haha..
"sy mahu kehidupan baru"...ni topik yg ak nk cerita cket kt cni..sbnnrnyee hdup bru pee yg ak nk??xde pee..cme ak rse bosan daa uttk tnggl kt kolej.ye laa..cbe pkirkn yg kt bwh 2:
tngktn 1-5 duk hostel = 5 tahun
matrik pn duk hostel = 1 tahun
diploma + degree kt perak
pn duk hostel = 2 tahun
degree shah alam pun sme = 1/2 tahun
JUMLAH = 9 TAHUN SETENGAH!!!
hah..2 dye..mcm ne x bosan..npe sy bosan:
1-asyik lalui bnda yg sme jee tiap sem
2-trpksa kmpul sticker utk dpt klej.so, kkdg g program mtlmtnyee utk sticker!!! x eclas tol.huhu...
3- bosan ngn suasana...dr sekolah,matrik, smpai msuk u..rse cm suasana sme jee..sbb duk hostel...
so,ape yg sy nak????
1-sy nk suasana baru n baru..mcm duk umah..nk sewa umah laa!!!
2-lau nk mkn, xpelu pk ngt nk beli..nk msk.msk biase2 pn ckup..dlu duk inspen 2 bulan pn masak.ok jee..lg bez n seronok.
3-ble ad umah, suasana rse len.mcm dh tol2 dewasa.cm dh kje..
4-sedikit bebas-mksudnyee di sini bkn bebas x tntu psl.tp bebas yg terkwal.leh g mne2 n blek lwt2 pn xpe.nk merasai suasana mlm.dh lme teringin nk uptown.tp xdpt2..sbb pe..lau pgi, kne g mlm.t blek, pak guard byk soal kt gate univrsti nnt..huh..bosan!!!
sme laa jgk lau g dgr ceramah..blek lmbt gk..trpksa mnumpang umah kwn.sbb x dpt msuk..lau ad umh sndiri,xpelu bmbng daa nk msuk kul bpe.
5-nk suasana umh yg tenang,aman..lau hostel, stress..sebilik rmai..n xdak privasi..hahhaa...
taw x kwn2, ak da kire kos duk hostel n kos duk umh sewa..cye or x yg kte lg byk spend duit lau duk hostel compare sewa umah???hmm..ni ak kre ikut ak pnye cra mkn n blnja laa ye..
kos duk hostel sebulan (mkn pg,tgari,n mlm + yuran kolej) = RM 382
kos duk umh sewa sebulan(mkn pg,tgahari,mlm + sewa + api + air + internet) = RM 350
mngapa ini blaku???tuan-puan d glkkn mngira secara detail.tuan puan akn taw jwpnnye nnt..sbnrnyee plajr2
byk spend duit utk mkn..pdhl lau duk umh sewa, kos mkn lg murah..cz kte leh msak..yg sy kira ni, mkn pg n tgahari kt luar, tp mkn mlm n hjung mggu kt umh..so total kos spt d atas..
ni sje celoteh sy pg ni..pape pn,sy btol2 nk merasai khidupan bru.nk rse pglmn bru..nk mncari sesuatu yg len..yg sebelum ni x nh lg sy rse n dpat..
sekian...xie xie...
p/s: sdang mncari lgu latin-spanish-italian-france yg sesuai utk d ltkkn sbg bkground muzik kt blog ni..huhu..bosan daa..ayik lg maher zain je..bosan lg....aduhaii...
Tuesday, March 1, 2011
Saya Merindui EM3A!!!
Slam sume..sudah lme blog ni x d update.huhu.bz cket..td bru pas g tgk nsyid kt kolej mawar..ad hafiz hamidon,n yg len2..so,ble blek blik,nk studi cm dh xde mud.cz da lwt mlm.so,blog ni yg jd persinggahan wt sementara wktu.
Mlm ni xtaw npe ttbe fkiran terimbau kmbli kpd 1 thun yg lpas.time part 3..EM3A.huhu..sy merindui suasana EM3A. bkn EM3A skunk.haha..wt pe nk rindu..tiap2 ari leh jpe.tp EM3A mse diploma dlu.nk cte cket sal em3a ni..
Ktowg dlu 1 kelas sjk part 1 lg la.so,ble da msuk part 3,sy d amanhkn jd CR.aduh..cm mlz je.ye laa..kje bknnye pe pn.kne fitostat.cri klas gnti..2je laa kje..pnt gk kkdng..hahaa..tp em3a bez..knapa bez???hmm..meh nk cte noo..ckp kdah cket.sbb bdk2 em3a rmai kedah.haha..
1-lau wat assgmnt,ktowang mst g sme2 1 kelas..haha..logik x??yup..logik..x tipu pn.ktowang sewa keta dlm 4-5 bji.pas 2,kmpul kt mne2 n g site sme2..jika site berbeza skalipun, ktowang kuar sme2 gk.pas 2 bru berpecah..ble da cyap wat assgmnt,ktowang akn berkumpul mne2 utk mkn.x pn g jln mne2..pas 2,bru g hntr keta blek sme2..nk taw x???ble ktowang kuar sme2 cmni,kkdng ad susahnye.ad yg tersesat.clap msuk jln.so,terpksa la tngu.smpai laa diowang mncul blek.ak la yg pling pning kpala.nk settle sume 2..tp sbnrnyee,bnda2 cmni yg bg kenangn indh wt kami sume.xleh lpe smpai skunk.
2-ad 1 peristiwa.ktowang g knduri miss ita.lec bel.dye kwen.pas g umah ye,ktowang g mndi sme2 kt mne ntah..lpe daa..air trjun.huhu.dak pmpn mndi gk.tp asing2 laa..diowang ckp xnk mndi.lz2 mndi gk..pndai diowang cver.time 2 bez ngt.sbb sumenye nk join.kkdng tkut gk kot2 diowang xske.tp ble taw diowag mndi gk,mknnye suke la 2.haha..pas 2,nk blek laa..smpai kt 1 traffic light,ttbe ad dak pmpn kol.bunyi kalut je..”hallo..che han.tlong2..keta ktowang mti kt traffic light ni.kt blakang keta kowang”..aduh!!!!terkjut ak..cm ne nk buat?kwn ak yg sowng ni berhnti kn keta.pas 2,g laa kt keta dak pmpn 2..so..taw x kmi wat pe??pe g..tolak la..haha..malu..rmai owg tgk..wt bdo jee.demi kwan.dak pmpn yg driver 2,da ketar tngn daa..eh ketaq..gne bhsa kedah.ahaaa..tnk laa ckp spe.t malu lk dye.rsenyee ni kngn pling lucu laa seumur hdup ak.lau tnye kt dak pmpn 2,konpem dye tergelak besar.(kowang x byr g upah kt dak lki yg tlong tolak keta 2..)haha..
3-ktowang g trip penang.g 1 batch..3 kelas..huhu..1st time ktowang 1 batch dpt bekerjasama.time kt trip 2,ktowg wat 1 program..program luahan hati.ak wt idea ni cz ak tgk ktowg msh berpch wlopn da 3 sem kt perak.n ad beberapa owg yg gado n xnk tgur muka.so,time trip 2,ktowg pnggil phk yg gado 2.luahkn pe yg nk luah.n laz2,settlkn cre bek.slam..taw x,pas peristwa 2,2 pihak ni da jd ok..da bleh tgur2..n ktowng pnye batch mkin kukuh ikatannyee..ak sngt gmbira cz cre ni berhasil..x sngka lk..
Lg 1,time g trip 2,ak mtk dak2 klas em3a bli hadiah sowang 1.pas 2,wt undian cyap..dye kne bg hadiah kt spe.haaa..sume owg dpt hadiah..ak bg kt hafiz..haha..mpp kte..bg yg murah pn xpe..objektive nyee utk eratkn hub..sngt bez time tkr2 hadiah 2..sume owg gmbira ak tgk..n ak gk puas sbb dpt gmbirkn kwn2 sume..
4-taw x pe lg ktowng wat??ni pgram laz.pnh dgr anugerah bntang popular berita harian??hhaa..tp ni sempoi bangat award em3a.hahahhaaa..cye x ktowang wat award utk klas ktowang.haa..cyap ngn kategori n hadiah..hdaihnyee ialah lncana em3a..haa..bez taw saat 2..ak cyap wt slide show..ltk mke diowang sume.x thn tgk tlatah zamil,asyraf n awie..kecoh gler diowang ble mnang award.haha..cm btol2 lak.haha..ak menang student pling disiplin..mntng2 cr,kowang bg award ni kt ak.student pling popular mnang kt hafiz (mpp)..dah mpp,ptt la menang.hahahhaa..n byk g ktegori mlm 2.pape pn,ktowang enjoy..n puas ati cz sume gmbira.
5-ad lg pgram2 len..tp yg kcik2 je.cme ak msh ingt.tiap kli assgmnt,ak yg akn tntukn cra nk bg group.n plihn ak x len x bkn gne cre undian.npe ak wat cmni???cz mse 2 ak tgk kwan2 ak msh lg ad gap.berpuak2..so,ak ckp,kte kne wt undian utk assgmnt.,nk sume owang merasai wt assgmnt sme2..so,kte leh knl 1 sme len.awl2,mmg ad yg xstju.tp ble da lme2,diowang leh time bnda ni..dak pmpn ad yg ckp..”ok che han..kttowang stju wt undian.ktowang da insaf da..huhu”..haha..lcu lk ayt ni.
Ni la sdikit coretan tntng EM3A yg mne ak sntiase merindui saat2 itu.ak cme berhrp,kwan2 em3a stay ingt kngangn kte n jge hub yg telah sedia ad.hop kte xlpe kwan wlopn daa jauh berpisah..
Tp kte owg,sume 2 hnya knangn.seharusnyee kte pk on future…btol 2..tp knangan 2 laa yg wt hub kte erat selama lamenye…
Skunk pn ak di EM3A.tp degree pnye..ktowg dtg dri berbeza ltr blkng.ad yg asl shh alm,ad yg da abz diploma,n ad dri diploma politek n ad yg fast track cm ak.hmm…kkdng ak bertnye pd diri sendiri..bleh kh ak jdikn EM3A ini se ‘best’ EM 3A dlu???hnya mse yg menentuknnye…
Subscribe to:
Posts (Atom)















