Pujaan Hati

Monday, August 5, 2013

6 Bulan sebagai Property Negotiator

Hari ini cukup 6 bulan kerjaya saya sebagai Real Estate Negotiator. Baru setahun jagung. Nak panggil setahun jagung pun malu. Maybe sebulan jagung lagi sesuai…

Saya masih ingat, ketika habis degree, ramai kawan2 saya join bidang2 lain yg mana mepunyai gaji yang tetap. Tapi saya, saya buat keputusan untuk masuk bidang ini, walaupun saya sedar gajinya bergantung kpd komisyen semata-mata…




Tiga bulan pertama ia amat sukar bagi saya. Macam-macam perkara berlaku. Dengan pengalaman yang tidak ada, saya gagahkan diri untuk mencuba. Hasil guide dari senior, saya lakukan perlahan-lahan.  Antara perkara yang saya pernah lalui:-
  
  1- Banyak soalan2 yang saya tidak tahu jawab yang dikemukakan oleh client kpd saya.

  2- Pernah berlaku satu kes yang mana kes itu hampir selesai, tapi vendor cancel last minute. Stress sangat, tapi semua itu silap saya. Kerana tidak mengambil tandatangan vendor. Kesannya vendor boleh cancel bila2 masa tanpa risau dikenakan tindakan apa2.

   3- Ada ketika kita dh buat yg terbaik. Tapi masalah berlaku kerana orang lain.Kadang-kadang vendor lambat bagi dokumen, purchaser lambat bagi dokumen, malahan kadang2 lawyer juga lambat bertindak. Semua ini beri kesan kpd kita.

Tiga bulan pertama, saya terpaksa berjimat cermat. Maklumlah, tidak ada apa2 komisyen pun yang saya dapat. Susah sebenarnya. Tiap2 malam stress. Fikir itu, fikir ini. Sehingga nak tidur, nak pejam mata itu memang susah…

Tapi, betul orang kata. Rezeki itu ada di mana2. Setelah lebih 3 bulan, segalanya menjadi semakin ok. Saya juga sudah semakin faham dan tahu prosedur, kehendak client, urusan bank dan lain2. Hasilnya, hari ini cukup 6 bulan, saya dah selesai menjual 7 biji rumah. Saya dah buat 11 close deal. 7 selesai dijual (means dah sign snp) manakala 4 cancel atas masalah2 tertentu. Saya x sure samada angka ini banyak atau tidak untuk orang yg baru seperti saya. Tapi inilah yang saya mampu lakukan setakat ini. Berikut senarai ringkas property yg saya dah jual. Semuanya murah2 je. Belum dapat yang mahal2…

   1- Shop Apartment Taman Sri Manja, PJ (RM 142,000)
   2- 1 sty Taman Klang Indah, Klang (RM 150,000)
   3- 2 sty Puncak Alam (RM 200,000)
   4- 1 sty Taman Perepat Permai, Kapar (RM 135,000)
   5- Kiambang Apartment, Bukit Subang (RM 120,000)
   6- 2 sty Seksyen 19, Shah Alam (RM 180,000) 
   7- Shop Apartment Pusat Komersial Seksyen 7, 
      Shah Alam (RM 190,000)




Jangan tanya saya berapa komisyen yang saya dapat. Saya beritahu ringkas sahaja. Setiap rumah yang dijual, real estate negotiator akan dapat 3% dari harga rumah. Daripada 3% itu, 70 % adalah untuk dirinya dan 30% adalah untuk syarikat.

Sekarang, saya sudah dapat kerja yg dapat gaji tetap. Mulai 15/8 saya akan bertugas di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, DBKL sebagai Pegawai Penilaian. Kalau diikutkan, saya tidak perlu lagi khuatir dan risau mengenai gaji, kerana setiap bulan income tetap itu ada. Hmm…Setelah 6 bulan, akhirnya kepala saya kembali tenang. Kalau sebelum ini saya khuatir mengenai wang, maybe lepas ni kerisauan itu boleh dikurangkan.

Namun demikian, saya akan teruskan kerja jual beli rumah ini. Maybe hujung minggu saya tidak berapa nak ada. Saya perlu fokuskan juga kpd urusan jual beli rumah. Saya sayang untuk meninggalkan bidang ini walaupun dah dapat kerja lain. Doakan saya ya. Agar terus istiqamah untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa..

Inilah sedikit coretan saya. Bukan hendak menunjuk, Cuma saya suka bercerita pengalaman. Mana tahu, ada benda baik yg boleh dikongsikan.

Akhir kalam, dalam hidup ini, jangan takut untuk mencuba. Jangan khuatir untuk melakukan apa2. Bertindak sahaja. Insyaallah…Allah bantu mereka yang berusaha!!!

PILIHLAH!!!



 ~Adzhan~

Tuesday, April 23, 2013

3 Bulan sebagai Property Negotiator



Malam ini terasa sedikit bosan. Sebentar tadi hujan renyai-renyai di luar rumah. Sekarang dah berhenti nampaknya. Tiada apa yang nak di buat. Lalu kepala ini berlegar-legar. Merenung kembali kehidupan yang hampir 3 bulan sebagai seorang yang bukan student lagi. 


Hampir 3 bulan aku bekerja. Property Negotiator atau dalam bahasa mudahnya ejen hartanah. Menjadi orang tengah dalam urusan jual beli hartanah. Hampir 3 bulan ini aku banyak belajar. Banyak sangat. Yang mana semua ini aku tidak belajar pun semasa menjadi student dahulu. Nampak sekali~~~Aku hanya tahu benda yang ditulis dalam buku, realiti sebenar aku juga tidak tahu.


Sebenarnya aku telah meletakkan target untuk kerja ini. Target untuk menjual seberapa banyak rumah sebelum bulan 7. Kenapa bulan 7??? Kerana bulan 7 akan ada interview untuk jawatan2 lain. Valuer, Tenaga Pengajar Muda, dan lain2. Khuatir~~~Andai ada rezeki, ditawarkan jawatan lain. Lalu bagaimana dengan property negotiator ni??? Mahu tinggalkan terus ke??? Pastinya tidak. Property Negotiator ini akan dijalankan secara part time. Tapi pastinya tidak mampu memberikan fokus 100% seperti sekarang. Kerana itulah aku berusaha bermatian dalam masa yang berbaki ini. Supaya aku berjaya membina tapak dalam kerja ini. 


Dalam hampir 3 bulan ni, banyak cabaran yang ditempuhi. Rasanya tidak banyak pun aku enjoy selama 3 bulan ni. Hujung minggu selalunya penuh bawa buyer tengok rumah. Dalam masa 3 bulan ni, aku baru dapat buat 5 close deal. 1 close deal terpaksa dibatalkan kerana buyer punya loan x lulus. 1 close deal lagi juga batal. Dugaan~~~Owner tiba-tiba cancel untuk dijual. Sedangkan loan dan snp semuanya dah siap. So aku terpaksa rumah lain kepada pembeli tersebut. 1 close deal orang beli cash. So insyaallah yang ni tiada masalah. Cuma 2 close deal lagi dalam proses loan. Resah juga menunggu. Kalau loan x lulus, aku pun x dapat apa2 lah. Rugi~~~



Kerja ni nampak mudah. Tapi sebenarnya mencabar. Kekadang terpaksa bawa buyer tengok rumah malam. Di situ banyak risikonya.Lagi-lagi aku hanya bawa motor. Cabaran lain kerenah buyer dan seller.Macam-macam kerenah. Aku layan saja. Kesabaran memang perlu. Kekadang seller marah, buyer buat hal, bawa buyer banyak tapi x close2 pun, seller cakap lain buat lain dan macam-macam lagi. Aku juga berdepan ketidakpercayaan oleh client. Sebab aku bermotor sahaja. Sedangkan ejen2 lain semua pakai kereta besar. So, bukan mudah nak percaya kepada aku yang hanya bawa motor. Ada kes buyer tangkap no plat motor. Ada buyer yang tunggu dalam kereta sebab nak tengok aku naik apa. 



Kerana itu aku lebih suka buat urusan di office. Tapi masalahnya mereka nak datang office susah. Hujan panas dah perkara biasa. Rasanya kulit ni makin hitam. Hahahah~~~




Apa pun, dalam masalah2 ini, banyak juga kebaikan. Aku boleh kenal orang luar. Aku kenal lawyer, pihak bank, kontraktor, orang-orang besar, orang kaya, miskin dan lain2. So lepas ni mudah kalau nak buat apa2...Kalau kena saman ke, ada orang buat jahat kat kita ke, ada lawyer yang boleh kita percaya. Kalau ada saudara nak submit loan, boleh aku tolong submitkan. Itu dah dikira 1 khidmat. Itulah untungnya...Dalam erti kata lain networking...


Berbalik kpd kerja masa hadapan, sebenarnya aku sayang kerja ini. Kalau boleh nak kerja ni je sampai bila2. Kerana aku yakin, kerja ni ada masa hadapan. Lecturer jugak galakkan dulu. Cuma income kita tidak tetap. Itu sahaja. Tapi kalau berusaha, pasti kita akan dapat. Hmm...Dalam menunggu kerja lain yang sesuai ni, ak tawakkal. Biarlah Allah tunjukkan jalan. Mana kerja yang terbaik, pasti dia tahu...


Sebelum menutup cerita, 30hb ni akan pergi dinner Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah. Badan yang mengelola profesion kitorang. Di situ aku akan menerima anugerah. Hoho~~~Anugerah Pelajar Terbaik UiTM. Rasa macam x percaya. Dan x layak. Aku bertanya balik kpd pihak lembaga. Betul ke nama aku yang naik??? Lalu mereka kata, mereka hantar surat kpd UiTM minta nama pelajar terbaik. Dan pihak UiTM bagi nama aku. 1 pelajar Uitm, 1 pelajar UM, dan 1 pelajar UTM...Hmm...Jika itu dah jawapannya, aku harus terima lah. Memegang status itu bukan mudah. Kerana itu aku harus bekerja kuat. Supaya aku bukan cemerlang akademik sahaja, tapi juga cemerlang dalam profesion kerja aku. Moga-moga ada jalan yang terbaik nanti...



Apa pun,aku akan meneruskan usaha. Dalam baki usia yang ada sekarang,aku akan terus berusaha. Mencapai kejayaan dalam kerjaya. Aku tidak mahu dilena kejayaan manis dalam bidang akademik semata-mata. Kerana itu bukan kejayaan sebenar. Itu hanya permulaan.


Akhir kata, "kejayaan tidak dilihat pada berapa banyak pengiktirafan yang kamu dapat, tapi ia dilihat pada berapa banyak usaha yang kamu lakukan"...


Salam.
#23.04.13#10:12am

-Che Han-

Monday, March 11, 2013

Memberi Tempoh untuk Diri Sendiri

Saya memberi tempoh sehingga bulan 7 kepada diri saya sendiri untuk mendapatkan beberapa perkara berikut:-




Kereta sangat penting untuk kerjaya saya. Saya terpaksa ke hulu dan ke hilir menggunakan motor sekarang. Kekadang client x berapa percaya kpd saya kerana saya menggunakan motor... Sedih kan??? Hehe...





Telefon baru sangat penting!!!Sebab telefon biasa saya sekarang tidak banyak function. Nak search tempat pun x boleh. So, macam mana nak pergi tengok rumah kt lokasi2 yg saya x pernah pergi. Kan......???





Simpanan duit. Sangat penting!!! Ada jumlah tertentu yg saya telah target. Tapi xleh lah mention kat sini. Duit simpanan untuk perkara akan datang. Apakah??? Jeng2~~~



*****************Kahwin xda dalam tempoh 2 ke??? Jawapannya tiada. Kenapa??? Sebab saya sudah tidak mahu meletakkan sebarang target masa untuk berkahwin. Biarlah Allah sahaja yg membuka jalannya. Saya hanya mampu berdoa dan "usaha" mengikut apa yang dibenarkan.



Itu sahaja coretan malam ini. Ingatlah!!! Hidup ini harus ada sebuah target. Jika hidup tanpa target, kita maybe akn terleka. Sedar2 dah tua,sedangkan diri tidak ada apa2..



Jap2~~~Apa yg saya tulis ini hanya target hal dunia sahaja. Untuk target hal akhirat, rasanya tak perlulah kita coretkan. Biar semua itu antara kita dan Allah sahaja.


Coretan,


Che Han

Isnin
11/03/13

Saturday, February 16, 2013

Anugerah Naib Canselor (Sebuah Perjalanan yang Panjang)




Salam... Selamat malam semua. Malam ini saya ingin menceritakan sebuah perjalanan. Perjalanan yg saya kira sangat panjang. Dan hari ini, perjalanan itu berakhir. Berakhir dengan sempurna. Berakhir dengan jayanya!!! Tujuan cerita ini ditulis bukan untuk membanggakan diri atau untuk menunjuk-nunjuk semata-mata. Saya berharap anda semua tidak salah faham dengan post kali ini. Tujuan saya menulis hanyalah untuk meluahkan segala penat lelah, jerih perih, suka duka sepanjang perjalanan yang cukup panjang ini...


1996 (PRA SEKOLAH)


Tahun yang sepatutnya saya mendaftarkan diri untuk pertama kalinya sebagai seorang pelajar. Pelajar di pra sekolah. Namun demikian, saya tidak layak. Ketika itu saya masih kecil.Tidak tahu apa sebabnya. Ketika orang semua ke sekolah, saya duduk di rumah keseorangan. Ketika itu saya masih belum mengenal erti sebuah kekecewaan. Namun kelihatan di raut wajah abah dan ummi, mereka kecewa. Kerana mungkin mereka mahukan saya mendapat pendidikan lebih awal. 


1997-2001 (SEK.KEB.BUKIT AWANG)


Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang. Ketika itu, saya memang tidak pernah merasai suasana di sekolah. Abah khuatir saya menangis. Lalu hari pertama dia menunggu di luar kelas sehinggalah saya tamat kelas. Saya masih ingat, ketika itu, pelajaran pertama ialah kami diminta untuk melukis apa sahaja lukisan yang ada di dalam kelas. Lalu saya melukis seekor ikan. Saya masih ingat ketika itu~~~


Cantik giler2 kan lukisan saya? Hehe...

Dipendekkan cerita, sepanjang di sekolah rendah, saya menjadi pelajar cemerlang. Saya sering mendapat tempat pertama. Paling teruk tempat kedua. Lalu saya terus menjadi harapan pihak sekolah, ibu bapa, dan saudara terdekat untuk mendapatkan 5A ketika UPSR. Disebabkan sekolah di kampung, kami tidaklah dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Calon-calon yang menjadi target untuk mendapatkan 5A tidaklah ramai. Dan target utama para guru ialah saya. Pada usia itu, saya diletakkan harapan yang tinggi oleh meraka. Ketika itu saya masih mentah.

Keputusan UPSR keluar, berita mengejutkan apabila tiada seorang pun dari kami yang mendapat 5A. Saya pula hanya mampu mendapat 4A 1B. Para guru sangat kecewa. Ayah dan ummi lagilah kecewa. Saya sendiri lupa perasaan saya ketika itu. Kecewa juga mungkin. Kali kedua saya mengecewakan kedua orang tua saya...


2002-2004 (SMK DATO' AHMAD MAHER)

3 Ibn Sina 2004

Disebabkan saya seorang sahaja pelajar yang mendapat 4A1B, pihak sekolah minta saya apply ke sekolah elit di bandar Kota Bharu. Nasib saya baik, kerana ketika itu, sekolah seperti nama di atas merendahkan sedikit syarat kelayakan  untuk masuk ke tempat mereka. Kalau sebelum ini, wajib 5A. Tapi kini 4A1B. Mungkin ini rezeki saya.

Ketika usia muda itu, saya telah diminta untuk tinggal di asrama sekolah. Berpisah dengan keluarga. Saya mula mengenali hidup di asrama. Sememangnya tidak sama di rumah. Saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri. Kerana saya bukanlah anak yang manja, malahan saya anak sulung. Banyak perkara yang saya belajar di asrama. Paling banyak ialah mengenali sifat manusia yang pelbagai.

PMR!!! Untuk pertama kalinya, saya tidak menghampakan kedua ibu bapa saya. Saya mendapat 8A1B. Walaupun ada B, tapi itu sudah cukup. Ternyata mereka gembira. 


2005-2006 (MRSM KOTA PUTRA,BESUT)


Setelah PMR, saya diberi pilihan untuk terus kekal di sekolah lama atau ke MRSM. Sekolah lama saya itu sudah pun sekolah cemerlang. Sekolah elit. MRSM juga merupakan tempat yang sangat bagus. Tempat yang juga berkualiti. Saya telah membuat keputusan untuk ke MRSM. Di sana, kehidupan kami sedikit bebas walaupun berada di asrama. Sistemnya tidak sama dengan skolah biasa. Ia lebih kepada melatih kita untuk persediaan kehidupan di universiti. Saya gembira kerana itulah yang saya cari.




Di sini pastinya fokus lebih kepada SPM. Tiba-tiba, saya mulai sedar yang saya seperti tidak boleh memahami banyak subjek sains. Contohnya Biologi, Kimia dan Fizik. Sedangkan subjek2 sastera seperti BM, Sejarah dan lain2 amat mudah bagi saya. Akhirnya, SPM saya hanyalah 4A 4B 1C. Untuk yang ketiga kalinya, saya mengecewakan Ummi dan Abah saya. Sebenarnya, disebabkan saya pelajar cemerlang dari kecil, saya menjadi tumpuan orang kampung. Mereka memang ingin tahu keputusan saya. Jadi, bila keputusan SPM keluar, keputusan saya tidaklah boleh dibanggakan. Sedangkan ramai kawan2 saya di kampung yang mendapat result lagi hebat dari saya walaupun bersekolah di kampung. Namun apa boleh buat. Saya sudah tersilap dalam langkah saya. Saya tahu ketika itu abah dan ummi saya malu dengan mereka. Saya tahu semua itu walaupun mereka tidak pernah beritahu. 



2007-2008 (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)


Saya anak sulung. Abah dan ummi saya memang tidak tahu sangat mengenai akademik semua ini.Mereka tidak tahu untuk guide saya bagi memilih kursus yang bagus di universiti. Saya tidak pernah menyalahkan mereka. Mereka adalah terbaik walaupun tidak berpendidikan tinggi. Jadi, tanpa sebarang guide, saya memilih kursus yang tidak layak dengan keputusan saya. Kesilapan saya juga kerana tidak pernah merujuk guru2 untuk semua ini. Saya pelajar yang agak pasif. Jenis malu untuk bertanya. 

Lalu saya tidak ditawarkan ke mana-mana universiti. Hanya mendapat tempat di matrikulasi dalam bidang sains hayat. Seperti mana saya beritahu td, saya sudah menyedari yang saya tidak sesuai untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sains. Namun kerana tiada pilihan, saya terpaksa juga pergi. Dengan harapan supaya saya jatuh cinta pd bidang sains seperti orang lain.




Namun, saya tetap gagal. Saya masuk ke dewan kuliah tanpa memahami apa-apa. Masuk, dan dengar. Cuba bertanya kawan2 selepas itu, namun saya tetap tidak dapat memahami. Semester pertama saya hanya mendapat 2.55. 

Dan menyedihkan sekali semester kedua iaitu semester terakhir, saya hanya mendapat 1.3 lebih. Lalu total CGPA saya 1.89. 


SAYA GAGAL!!! DAN SAYA JUGA GAGAL UNTUK KE UNIVERSITI!!!!


APRIL 08-SEPTEMBER 08

Ketika ini, bermulalah kehidupan kelam saya. Semua kawan2 masuk universiti. Saya keseorangan di kampung. Banyak perkara yang saya hilang ketika ini. Saya hilang dunia gembira saya. Saya hilang kepercayaan semua orang yang pernah meletakkan kepercayaan kepada saya. Dan saya juga hilang seseorang yang pernah menyentuh hati saya. Saya tidak tahu nak buat apa. Saya tengok raut wajah ummi abah. Secara tidak sedar, saya mengecewakan mereka untuk KALI KE 4!!! 




Sepanjang tempoh ini, kehidupan kami sekeluarga memang tidak gembira sangat. Saya resah, keliru tentang masa depan. Cukuplah. Saya tidak mahu ungkit kisah lama. Tidak perlu diingati lagi!!!


SEPTEMBER 08-DECEMBER 08


Kebosanan dan keresahan saya sedikit terubat. Saya mendapat tempat di salah sebuah institut pendidikan di Bangi iaitu INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) namun hanya untuk sijil sahaja iaitu SIJIL PENILAIAN HARTANAH. Abah minta saya untuk pergi. Sebabnya kerana institut ini di bawah kerajaan dan kursusnya mengenai hartanah yang mana satu kursus yang sangat bagus. Saya pergi tanpa expect apa2. Perjalanan saya pasti panjang. Bermula dengan sijil. Namun saya redha...

Tuhan sememangnya sudah ada jalan buat kita. Ketika ini, barulah saya sedar, inilah kursus yang sangat sesuai dengan saya. Saya belajar tanpa tekanan, saya boleh memahami dengan mudah. Saya gembira. Para pensyarah amat mengambil berat walaupun rata2 dari kami bukanlah golongan yang hebat. Ramai antara kami yang mempunyai kisah yang hampir sama dengan saya. Ketika ini saya belajar sesuatu. Gagal seteruk mana pun kita, ia bukan bererti kita gagal selamanya. Saya mendapat semangat baru.



Namun demikian, ketika December 2012, UiTM telah membuka permohonan kemasukan baru ke tempat mereka. Dan saya telah ditawarkan tempat. DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH DI UITM SRI ISKANDAR PERAK. Kursus yang hampir sama di INSPEN. Atas nasihat para pensyarah, saya meninggalkan bumi INSPEN. Dengan hati yang sangat berat. Kerana ketika itu saya sangat menyayangi tempat tersebut dan gembira di sana.


2008-2009 (UITM SRI ISKANDAR)


Ketika ini, bolehlah saya beritahu yang kehidupan saya sudah cerah kembali. Pertama kali melangkah ke gerbang universiti, tekad saya hanya satu. MENEBUS KEMBALI KESILAPAN KETIKA DI MATRIKULASI!!!

Peperiksaan pertama saya ketika semster 1, saya mendapat 3.7. Dan sekaligus berjaya mendapat biasiswa JPA. Bermula dari saat itu, abah tidak perlu lagi memberikan duit poket kepada saya. Duit yang JPA bagi sangat cukup malahan lebih. Saya bersyukur. Ini semua rezeki Allah. Saya ingin membalas semua kesilapan dan kegagalan saya ketika waktu itu. Saya meneruskan pelajaran sehingga ke semester 3. Tiga semester berturut2 saya DEAN LIST!!! Alhamdulillah syukur~~~

Setelah semester 3, UiTM ada membuka satu tawaran kepada sesiapa yang ingin memendekkan tempoh pelajaran mereka. Maksudnya terus lompat ke Degree. Ramai ketika itu rakan2 yang teragak2 untuk menyambung. Kerana berisiko. Jika tidak berjaya menghabiskan Degree tersebut, maknanya saya tidak ada kelayakan apa2. Hanya ada SPM!!!

Hanya 8 orang rakan2 saya yang ingin melompat dan saya antara mereka. Tanpa teragak2, saya lompat ke Degree. 


2010-2013 (UITM SHAH ALAM)


UiTM Shah Alam Aku Datang!!! Di sini, saya harus menghabiskan 5 semester. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah. Sememangnya bukan sesuatu yang mudah menjadi seorang pelajar. Kamu semua pasti memahaminya.

Namun, ketika di sini, saya sedikit aktif. Tidak mahu lagi menjadi pasif. Saya mulai sedar yang kecemerlangan akademik bukanlah ukuran semata-mata. Saya mula masuk mana2 program. Antara yang saya suka ialah menjadi fasilitator kepada pelajar2 baru yang akan masuk ke UiTM. Ketika di Sri Iskandar pun, saya join benda ni. Niat saya satu, tidak mahu mereka menjadi seperti saya. 

MDS MARCH 2012 UITM SHAH ALAM


Antara soalan2 yang selalu mereka tanya:-

"Abang, saya tidak minat kursus ini. Macam mana saya nak tukar kursus?"

Maksudnya, ramai antara mereka seperti saya ketika waktu dulu. Saya cuba memberikan jalan yang terbaik buat mereka sekurang-kurangnya mereka tidak "terlanjur" seperti saya.

Mengenai pembelajaran, saya meneruskan pencapaian saya. Dekan setiap sem. Tahun terakhir, saya menerima jawatan untuk menjadi AJK BADAN PEERS KAUNSELOR UITM SHAH ALAM. Sebuah kelab yang lebih kepada fasilitator dan kaunseling. 

SUNGAI CHILING WITH PEERs 


Saya menjadi semakin sibuk di tahun terakhir. Banyak program diatur. Kekadang, saya masuk kelas jasad di kelas tapi otak kepada program. Kerana ini satu amanah, tanggungjawab yang saya telah terima. Jadi saya harus utamakan. Saya sangat bimbang. Saya hanya ada 2 semester untuk mengekalkan pointer saya. Jika gagal, saya akan gagal untuk Anugerah Naib Canselor. Semester 5 saya masih mengekalkannya. Dan tibalah untuk semester terakhir.

Mengapa saya mengejar ini??? Jawabnya mudah, untuk kepuasan diri & untuk menebus kegagalan di waktu dulu. Saya ingin buktikan, yang kegagalan dahulu, bukan alasan kepada kejayaan hari ini. Saya ingin memberikan hadiah kepada mereka2 yang telah saya kecewakan dulu...

Dan...15 FEBRUARI 2013, segalanya terjawab. Debaran itu tamat. 2 jam saya menunggu keputusan tanpa mampu duduk senang. Jika kamu berada di tempat saya, kamu pasti akan memahami. Seperti saya ingin berlari 100m. Saya sudah hampir ke garisan penamat. Jika tiba2 saya terjatuh, maknanya saya gagal. Namun jika saya berjaya melepasi garisan penamat, maknanya saya berjaya...

Dan...




ANUGERAH NAIB CANSELOR MILIK SAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saya masih ingat, abah saya ada memberitahu, ketika saya di INSPEN dulu, ada orang bertanya kepada abah saya lebih kurang berbunyi,

"Anak kamu yang failed dulu belajar kat mana sekarang???"

Saya tahu waktu itu, abah saya sangat sedih dan malu... Dia tidak perlu ungkap, saya sememangnya sudah tahu. 

Apa pun, bulan 5 nanti di majlis konvokesyen, saya pasti abah dan ummi saya tidak akan malu lagi...Terima kasih Ya Allah~~~


Gambar ni xleh dibetulkan la pulak!!!



Saya masih ingat, sebelum saya tinggalkan INSPEN dulu, salah seorang lecturer saya berpesan:

"Tidak penting dari mana kamu bermula, tapi yang penting di mana kamu berakhir"

Maafkan saya kalau post kali ini seperti membangga diri. Saya sebenarnya sekadar ingin meluahkan. Rasa yang selama ini saya simpan. Penat lelah mengejar sebuah kejayaan. Letih dan jerih menebus kesilapan dulu. Tiada niat ingin bangga dengan apa yang ada sekarang. .Saya tahu, penghujungnya bukan di sini. Masih jauh perjalanan itu. Dan perjalanan baru saya sudah pun bermula. Mencapai cita-cita saya untuk menjadi registered estate agent yang berjaya!!!

Jika ada yang baik, ambillah pedoman. Jika ada yang buruk, maafkan saya...



-Che Han-

1:45am
16 Februari 2013





Sunday, February 3, 2013

Property Negotiator (Di sini Bermula)


Salam semua... Malam ini nak menulis sedikit. Hmm... Esok bermulalah kehidupan baru ku. Kehidupan sebagai seorang pekerja. Property Negotiator nama diberi. Maksudnya menjadi orang tengah dalam urusa n penjualan,pembelian dan sewaan hartanah. 


Kerja ni bukan mudah. Bukan ada gaji tetap tiap-tiap bulan. Cuma bezanya ialah siapa yg rajin dan berusaha dia akan menjadi kaya. Siapa yg malas, dia akan terlena bersama angan-angannya. Aku tidak terikat dengan jadual kerja di opis. Aku juga bebas untuk cuti bila-bila masa sahaja. Tapi, aku harus fikir, jika aku malas, aku akan miskin dan tidak berduit. 


Kenapa aku memilih kerja ini? Kenapa aku tidak apply kerja lain yg boleh memberikan income tiap-tiap bulan walaupun tak banyak? 

Sebab aku MINAT. Aku rasa aku boleh lakukan. Ini adalah kerja yg lecturer selalu katakan kpd kami supaya lakukan kerja ini. Tetapi kata mereka, tiada usaha, kamu gagal. Sebab kamu hanya dapat gaji jika kamu rajin. Lalu aku berfikir, kalau kerja bergaji tetap sekalipun kita tetap kena berusaha. 


Sebab kedua kerja ini INCOME tinggi. Ya sangat tinggi. Jika betul2 usaha dan rajin, hendak kaya sekejap sahaja. Huhu...Adakah aku jenis yg mengejar kekayaan??? Siapa yg tidak mahu kaya kan? Ya aku harus menjadi kaya untuk menyenangkan hidup bakal ISTERI ku, bakal ANAK-ANAK ku. Aku tidak mahu mereka hidup terlalu susah kerana aku yg tidak mampu memberikan apa-apa.


Sebab ketiga CABARAN. Ya aku suka cabaran. I'm a risk taker. Hidup ni kena berani. Tapi berani bukan sebarang berani. Kena ada perancangan yg baik. Insyaallah, aku memang ada perancangan itu. Samada aku gagal atau tidak, aku tetap juga kene mencuba. 


Insyaallah aku akan cuba yg terbaik. Berjaya atau gagal, soal kedua. Aku tetap kena mencuba. Dan bekerja sekuat mungkin. Untuk mereka-mereka yang aku sayang...


Che Han
03/02/2013

Friday, December 21, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Suara itu Imamku...






“Ummi!!! Abang IKhwan betul ke mahu kahwini Humaira?” Bentak Humaira dengan nada sedikit geram.
“Humaira… Apa yang Humaira katakan ni? Humaira sedar tak apa yang Humaira ucapkan? Kalau dengar dek Abi nanti, silap-silap kena marah kamu Humaira.” Balas Ummi dengan sedikit terkejut.
“ Yelah… Humaira bukannya mahu keluar berdating dengan dia. Bukan mahukan dia call atau sms Humaira tiap-tiap masa pun. Tapi kalau betul-betul dia serius, sekurang-kurangnya tanyalah khabar sekali-sekala. Humaira sihat ke, sakit ke, makan ke tidak. Dia diam saja. Dari hari bertunang hari tu sampailah sekarang, khabar berita pun tak dengar.  Dah la Humaira hanya tengok batang hidung dia hari tu je. 10 minit pun tak sampai Ummi. Silap-silap haribulan, hari perkahwinan nanti Humaira sendiri tak tahu mana satu suami Humaira.” Bebel Humaira dengan nada semakin marah.
“Humaira... Sudah-sudah. Jangan dilayan sangat perasaan kamu itu. Bukankah ini lebih baik. Kalau kamu dan dia berhubung, khuatir nanti terjerumus ke lembah maksiat. Allah murka Humaira. Mungkin Ikhwan ada sebab tertentu dia berbuat begini”. Nasihat Ummi dengan lemah lembut.
“Ummi!!! Humaira bukan budak kecil lagi. Humaira bukan tak belajar agama lansung. Humaira tahu mana baik, mana buruknya. Humaira hanya mahukan kepastian. Humaira tak nak Abang Ikhwan kahwini Humaira sebab Ummi, sebab Abi. Humaira takut. Humaira takut nanti bila dah kahwin, Abang Ikhwan tak melayani Humaira seperti seorang isteri. Ummi dan Abi saja yang mengenali Abang Ikhwan. Tapi Humaira? Bersua muka dengan dia pun hanya sekali. Lepas tu ghaib. Diam menyepi. Silap-silap haribulan dia sudah ada seseorang di hati. Sebab tu dia tak ada rasa nak mengenali Humaira.” Bentak Humaira dengan suara bercampur sebak, lalu terus meluru masuk ke biliknya.
“ Humaira! Humaira! Jangan diungkap sebegitu Humaira. Istighfar nak. Dengar dulu cakap Ummi. Humaira!” Panggilan Ummi tidak diendahkan. Ummi hanya menggeleng-gelengkan kepala. Dia masak benar dengan sikap anak tunggalnya itu. Apabila marah, garangnya menjadi-jadi. Mudah merajuk. Namun, dia seorang anak yang baik. Anak yang cukup solehah. Humaira diberikan pendidikan agama yang secukupnya oleh Ummi dan Abi. Setiap pagi, pasti Humaira mengejutkan dia dengan alunan bacaan al-Quran yang mendayu-dayu di subuh hari. Dan dia jugalah yang menyiapkan sarapan untuk kedua orang tuanya. Pantang disebut tentang masakan, dialah yang paling excited. Boleh dikatakan kerja-kerja dapur semuanya dilakukan oleh Humaira. Setelah pulang dari Mesir dan menamatkan pengajian dengan jayanya di sana, Ummi dan Abi bertekad untuk menjodohkan beliau dengan seseorang. Ikhwan. Muhammad Ikhwan bin Ibrahim.
                                  ....................................................................................



“Ikhwan... Abi tidak memaksa Ikhwan untuk menerima Humaira. Abi juga tidak menghalang kalau Ikhwan sudah ada seseorang di hati. Cuma, kalau boleh, Ikhwan fikirlah dengan sedalamnya permintaan Abi ini. Sejujurnya, Abi berkenan dengan Ikhwan. Abi nampak hanya Ikhwan yang boleh memimpin Humaira ke jalan yang diredhai Allah. Ke jalan syurga. Ke jalan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Fikirlah sedalam-dalamnya. Abi menunggu jawapan dari Ikhwan”. Abi bangun lalu mengusap perlahan bahu Ikhwan sebelum meninggalkan beliau berseorangan.
Ikhwan merenung jauh memandang tangga masjid. Tidak dapat dipastikan apa yang sedang bermain di fikirannya. Namun yang pasti, permintaan Abi tadi benar-benar membuatkan dia berfikir.

Ikhwan bukanlah seseorang yang berpelajaran tinggi. Bukan lulusan agama dari universiti di Mesir. Bukan jua seorang yang berharta. Dia tidak punya apa-apa. Hanya yang ada sebuah rumah peninggalan datuknya. Di situlah tempat dia berteduh. Rumah yang berhampiran masjid itu sudah cukup usang. Namun dia tidak punya tempat lain. Biarlah. Biarlah dia menzuhudkan diri di situ. Setiap hari,  Ikhwan tidak pernah tertinggal solat berjemaah dan tazkirah serta ceramah-ceramah agama di masjid tersebut. Dia juga sering ke kuliah agama di sekitar negerinya. Keinginannya yang tinggi dalam mendalami agama telah merapatkan Ikhwan dengan Abi iaitu Imam di  masjid tersebut. Boleh dikatakan Abi sering membawa Ikhwan ke ceramah-ceramah agama di sekitar negerinya. Dan hal ini telah merapatkan hubungan antara Ikhwan dan keluarga Abi.
“Ikhwan... Lepas ni usahlah kamu berbahasa Pak Cik dan Mak Cik lagi. Panggil saja Abi dan Ummi. Lagipun kami ni bukan ada anak lelaki pun.” Detik Abi sebaik saja sampai di rumah Ikhwan untuk menghantar beliau setelah mendengar ceramah agama.
“Betul tu Ikhwan. Kami dah lama teringin nak ada anak seorang lagi. Tapi tak ada rezeki. Anggaplah kami ni macam keluarga kamu. Bolehkan nak?” Ummi pula membuat permintaan yang sama.
Ikhwan hanya tersenyum. Ada rasa segan terbit dari wajahnya. Sejak dari kecil sehinggalah besar, dia tidak pernah mengenali kedua orang tuanya. Dari kecil, dia hanya mengenal datuknya. Dia hanya tahu, yang dia hanya ada seorang datuk, tiada saudara dan tiada juga ahli keluarga terdekat. Namun, menurut cerita orang kampung, kedua orang tua Ikhwan meninggal akibat kemalangan semasa Ikhwan kecil lagi. Ketika itu, Ikhwan tidak ikut serta. Dia dijaga oleh datuknya. Kedua-dua orang tuanya meninggal dunia di tempat kejadian.

                               ..............................................................................................



                                                                                                                                                           
“Humaira! Kenapa monyok sahaja muka kamu?” Sapa Abi sebaik sahaja Humaira masuk ke dalam rumah.
Humaira hanya diam lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Memeluk bantal dan terus termenung sepi. Abi mengerti benar dengan sikap anak perempuan dia itu. Pasti ada sesuatu yang tidak kena. Lalu Abi terus mendekati Humaira dan melabuhkan punggung di sebelahnya.
“Humaira... Cuba cerita dengan Abi. Humaira ada masalah ke? Atau ada apa-apa yang berlaku tadi? Soal Abi buat kali kedua.
Lama Humaira terdiam. Kemudian direnung mata Abi. Kelihatan air mata jernih mula terbit di tubir matanya.
“Abi... Abi yakin Abang Ikhwan benar-benar mahu menikahi Humaira?Abi yakin dia adalah jodoh Humaira?” Terpacul soalan itu dari mulut Humaira.
Abi kelihatan sedikit tersentak. Dia menarik nafas panjang lalu mengusap bahu anak gadisnya itu.
“Humaira... Ikhwan tu Abi jaga dia sudah lama. Abi juga didik dia macam anak Abi sendiri. Takkan lah dia tergamak mempermain-mainkan perkara yag sangat penting ini. Kalau benar dia tidak mahu, pasti dia akan memberitahu kepada Abi atau Ummi awal-awal lagi. Kamu jangan fikir bukan-bukan. Sekarang ini tarikh perkahwinan makin dekat. Mungkin perasaan kamu tidak menentu.” Nasihat Abi dengan lemah lembut.
“Tapi Abi... Kalau benar dia ikhlas, kenapa dia buat macam ni? Abi tahu tak, tadi Humaira ke masjid. Humaira terserempak dengan dia di pintu pagar masjid. Dia bagi salam kemudian terus berlalu pergi. Dia seolah-olah tak ada pun rasa nak bercakap sebentar dengan Humaira. Tanya khabar ke, atau bercakap apa sahaja asalkan tidak berlebih-lebihan. Humaira nak juga tahu dia tu perangai macam mana. Takkan lah bercakap di depan masjid dan ada orang di sekitar tu pun tak boleh. Buruk sangatkah Humaira sampai dia tak nak pandang lansung Humaira ni?” Humaira mula naik marah seperti mana sikapnya sebelum ini.
“Humaira... Kamu ni. Bukan kamu tak tahu Ikhwan tu macam mana. Dia mana biasa dengan perempuan ni. Dia sangat menjaga akhlaknya Humaira. Mungkin dia bimbang, memandang kamu membuatkan hati dia lara. Dan mungkin juga dia segan. Ramai orang di sekitar kamu pada masa itu. Janganlah fikir yang bukan-bukan nak. Abi yakin itulah jodoh kamu.” Abi menasihati lagi.
“Abi... Humaira bukan nak minta dibelai,dikasihi pun. Humaira tahu, itu semua haram selagi belum diijabkabulkan. Humaira cuma pelik, dia seperti tidak mahu menemui Humaira langsung. Tidak salah pun untuk dia bercakap sekejap dengan Humaira. Sekurang-kurangnya tanyalah pasal persiapan kahwin kami. Hmm... Kalau begini sikap dia, macam mana Humaira nak jadi isteri dia nanti Abi? Humaira takut, bila dah kahwin nanti, Humaira dipersiakan.” Humaira mula menangis.
Abi lalu mengusap perlahan bahu Humaira. Anak tunggal beliau yang sangat disayangi. Walaupun apa yang diperkatakan Humaira itu betul, namun Abi tetap yakin yang Ikhwan adalah pasangan terbaik untuk Humaira. Lagi pun dia tahu, Humaira seorang yang panas baran dan mudah marah. Sejak dari kecil lagi sikap itu timbul. Walaupun Humaira diberikan pendidikan agama yang secukupnya, namun sikap itu masih wujud dalam dirinya. Begitulah manusia. Tidak ada yang sempurna.pasti ada kekurangannya. Dan Abi tahu hanya Ikhwan yang boleh menundukkan sikap panas baran Humaira. Kerana selama ini, Ikhwan begitu penyabar dalam kehidupan sehariannya. Jarang sekali dia melihat Ikhwan marah. Mengeluh sedikit pun tidak. Itulah sikap keperibadian Ikhwan yang telah mencuit hati Abi dan Ummi.

                               .................................................................................................
                                                                                                                                          
                 
Azan maghrib mula kedengaran. Kelihatan para jemaah berpusu-pusu ke masjid. Meninggalkan segala urusan duniawi. Kini urusan ukhrawi pula yang harus dicari. Seperti biasa Masjid Al Mukmin akan dipenuhi dengan jemaah-jemaah di sekitar kampung tersebut. Abi telah membangunkan masjid ini sehinggalah menjadi salah sebuah masjid yang paling ramai jemaah. Hal ini kerana pelbagi program masjid diatur dari sehari ke sehari. Segalanya berkat usaha Abi.
Seorang pemuda berjalan tenang menuju ke masjid tersebut. Sesekali dia tersenyum sambil memberi salam kepada jemaah yang terserempak dengannya. Diambilnya wuduk lalu terus meluru ke saf pertama dalam masjid. Iqamah kedengaran dari bilal.
“Ikhwan... Silakan. Imamkan kami semua. Silakan nak.” Tiba-tiba Abi meluru kepada Ikhwan lalu menyuruhnya menjadi imam.
Ikhwan tersentak. Mukanya sedikit berubah. Kelihatan ada sedikit rasa cemas di wajahnya.
“Tapi Abi... Ikhwan tak layak Abi. Banyak lagi yang Ikhwan kena belajar. Abi sajalah yang imamkan”. Ikhwan menolak.
Namun demikian, Abi terus membawa Ikhwan ke tempat imam. Lalu menepuk bahu Ikhwan untuk memberikan semangat dan keyakinan kepadanya. Ikhwan cuba meyakinkan diri. Mengimami jemaah pastinya tanggungjawab yang sangat besar. Jika imam silap, maka silaplah makmun. Dia harus tanggung kesilapan itu. Setelah benar-benar yakin,Ikhwan lalu mengangkat takbir. Bacaan Al-Quran yang benar-benar mengasyikkan kedengaran dari Masjid Al Mukmin pada malam itu.
                                                                                                                                     
“Abi!!! Siapa yang jadi imam tadi Abi? Sedapnya suara dia. Khusyuk sangat solat. Bacaan dia benar-benar mengasyikkan dan mengikut tajwid yang betul. Sampai Humaira tak sedar yang Humaira sudah berada di rakaat yang terakhir.” Tiba-tiba Humaira bertanya kepada Abi sebaik sahaja mereka memasuki rumah setelah pulang dari masjid.
Abi hanya terdiam. Diletaknya serban kesayangannya lalu meluru ke sofa. Dan duduk.
“Abi!!! Jawablah!!! Kenapa diam sahaja? Nak kena Abi ni!!!” Seperti biasa, Humaira mula melenting.
“Kawan Abi. Ustaz di sekolah dekat sini.” Jawab Abi ringkas.
Humaira seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia terus berlalu masuk ke bilik.
“Alangkah indahnya kalau suara itu adalah suara bakal imamku”. Getus hati kecil Humaira. Namun, mengingatkan saja sikap Ikhwan kepadanya, terus rasa itu dipendamkan. Kelihatan dia masih menyimpan luka yang diguriskan oleh bakal suaminya itu tempoh hari.

                                  ......................................................................................
                                                                                                                             

Hari semakin berlalu. Kini cuma tinggal seminggu sahaja lagi untuk Humaira bergelar seorang isteri. Semakin hari, semakin dia tidak menentu. Ikhwan menyepi dan terus menyepi. Abi dan Ummi pula buat endah tidak endah. Sengaja Humaira tunjukkan muka tidak gembira di hadapan orang tuanya. Namun, Abi dan Ummi buat selamba sahaja. Bertanya pun tidak. Lagi bertambah geram Humaira. Sesekali dia melihat telefon. Mana tahu ada khabar dari Abang Ikhwan. Namun hampa. Telefonnya terus sepi. Sesepi hatinya. Sesekali apabila dia ke masjid, sengaja dia liarkan sedikit mata untuk mencari kelibat itu. Namun tidak jua ditemui. Dia hairan, ke mana menghilangnya Ikhwan?
“Ummi... Seminggu lagi Humaira bakal menjadi isteri orang. Tapi kenapa sampai sekarang, Abang Ikhwan tidak kunjung tiba. Khabarnya juga tidak ada. Di masjid pun tidak nampak. Silap-silap hari bulan dia dah pergi. Mana tahu mengejar gadis lain.” Ngomel Humaira di hadapan Ummi.
“Ish kamu ni Humaira. Fikirlah dulu sebelum bercakap. Jangan fikir yang bukan-bukan sangat. Baru sekejap tadi abah menemui Ikhwan. Dia ada sahaja. Kamu sahaja yang tidak nampak.” Balas Ummi membetulkan keadaan.
“Erkk..Abang Ikhwan sihatkan Ummi?” Tanpa diduga, soalan itu terpacul keluar dari mulut Humaira.
“Hai kenapa? Dah rindu sangat ke kat cik abang kamu tu? Tak pernah Ummi dengar soalan macam tu dari kamu”. Perli Ummi kepada Humaira.
“Apa Ummi ni? Orang serius lah!!! Eeeee...” Humaira terus berlalu membawa diri ke dalam biliknya.
“Ya Allah, adakah ini pilihan yag terbaik buatku? Sungguh, aku benar-benar tidak yakin dengan apa yang aku sedang hadapi sekarang. Adakah ini petunjuk yang dia bukan jodohku? Atau ia hanya mainan syaitan untuk menggugat keyakinan hatiku?” Getus Humaira dalam istikharahnya pada malam itu.
                                     ......................................................................................

                                                     
                                                                                 
“Pengantin sudah sampai!!! Humaira, cepat turun. Akad nikah akan dijalankan sekejap sahaja lagi”. Tiba-tiba suara Ummi mematikan lamunannya pada pagi itu.
Selepas istikharahnya pada malam itu, hati Humaira mulai tenang. Dia tidak lagi kerisauan seperti sebelumnya.  Dia sendiri tidak tahu kenapa dia boleh jadi setenang itu. Dia juga tidak tahu kuasa apakah yang telah meresap masuk ke badannya. Dia kini semakin yakin yang Abang Ikhwan adalah jodohnya. Cuma yang pasti, ada satu mimpi aneh yang berlaku pada malam itu. Dia melihat seorang lelaki sedang mengimami jemaah yang ramai. Dan yang pasti, suara lelaki itu adalah sama dengan suara yang dikatakan kawan kepada Abi tempoh hari. Dia mula berfikir. Adakah Abi bercakap benar atau suara itu sebenarnya suara orang lain? Suara Abang Ikhwan? Dia sendiri tidak tahu jawapannya.
“Humaira, cepatlah sikit. Orang dah tunggu kat bawah tu”. Ummi sekali lagi bersuara setelah melihat Humaira masih lagi berada di tempat duduknya.
“Ya Ummi. Sekejap lah.” Humaira turun perlahan di temani Ummi dengan hati yang penuh debaran. Pagi ini dia akan menjadi isteri. Punyai tanggungjawab yang besar yang perlu dipikul.
                                                                                                                       
Air mata Humaira menitis di saat selesai diijabkabulkan. Abang Ikhwan yang sudah sah menjadi miliknya kini berada di hadapan matanya. Kali ini Ikhwan tidak seperti sebelum ini. Dia benar-benar tenang. Senyum manis memandang para hadirin. Tidak ada sedikit pun rasa gementar dan malu seperti mana ketika dia berhadapan dengan Humaira sebelum ini. Sesekali Humaira menjeling melihat raut wajah suaminya.
“Arghh... Dia memang pandai berlakon. Berlagak tenang depan orang ramai. Geram!!!. Getus hati kecil Humaira sedikit marah. Marah bercampur gembira mungkin. Dia masih tidak bercakap dengan suaminya. Memandang wajah suaminya pun dia segan.
“Kenapa dengan aku ni? Dulu berlagak sangat nak dia tengok aku. Sekarang aku pula yang tak boleh tengok dia. Eee.. Dia ni. Selamba je senyum kat kita. Hari tu bukan main malu lagi. Pandai betul dia berlakon”. Hati Humaira sekali lagi berbicara. Sikap suaminya pada ketika itu benar-benar membuatkan dia pelik. Sangat tenang dan tidak seperti sebelumnya.

Hari makin melabuhkan tirainya. Para tetamu sudah mulai lengang. Humaira memandang sekeliling. Dilihat suaminya masih melayan beberapa orang tetamu yang masih belum pulang. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat sekarang. Sesekali dia melihat jam di tangan. Terbayang-bayang di wajahnya bagaimanakah dia harus lalui malam ini. Malam pertama bersama suaminya. Dia sendiri masih belum bercakap dengan suaminya itu. Rasa gementar terus melanda diri. Bagaimanakah dia harus berhadapan dengan semua itu?






Malam itu, Humaira berimamkan suaminya, Ikhwan. Sungguh... Sekali lagi dia mendengar bacaan yang mengasyikkan itu. Sungguh indah suara itu. Dia seolah-olah dibuai-buai dengan kelunakan suara suaminya membaca Al Quran. Solatnya benar-benar bermakna. Barulah dia sedar, suara indah itu adalah suara Ikhwan. Suara orang yang telah sah menjadi suaminya. Usai solat, Ikhwan membacakan wirid dan berdoa. Humaira mengalirkan air mata mendengar bacaan doa yang sungguh syahdu itu.
“Sayang...Kenapa menangis?”. Ikhwan memegang kedua bahu isterinya dengan penuh kasih sayang.
Tersentak Humaira mendengar suara itu. Dia tidak sedar yang suaminya sudah habis membacakan doa itu. Cepat-cepat dia menyeka air matanya. Namun dengan pantas, digenggam tangannya oleh Ikhwan.
“Sayang...Jangan sesekali sayang mengesat air mata sayang dengan tangan ini. Tangan ini banyak lagi kegunaannya. Biarkan tangan abang sahaja yang megesat air mata itu.” Kata Ikhwan lalu terus mengesat air mata isterinya.
Dibangunkan isterinya lalu dipimpin ke birai katil. Suasana malam terus menjadi saksi kepada kedua mempelai yang baru sah diijabkabulkan ini. Pasti, malam ini adalah malam terindah buat mereka.
“Sayang, kenapa tidak mahu memandang wajah abang? Bukankah wajah ini yang sayang mahu lihat selama ini?” Ikhwan terus memujuk perlahan isterinya.
Tangisan isterinya masih kedengaran. Lama dia mendiamkan diri. Hanya tangisan yang sesekali kedengaran. Ikhwan masih bersabar. Diusap perlahan bahu isterinya. Menenangkan Humaira dengan penuh rasa kasih sayang.
“Abang jahat... Abang seksa Humaira. Abang tak pedulikan lansung Humaira selama ni. Humaira terseksa. Humaira takut. Sikap abang yang dingin dan seperti tidak mahu menemui Humaira, membuatkan Humaira takut untuk meneruskan apa yang dirancang sebelum ni. Abang jahat. Sanggup abang seksa Humaira macam tu”. Bentak Humaira sambil menumbuk manja dada suaminya.
“Betul ke abang tak ambil tahu hal Humaira? Bukankah setiap pagi Humaira bangun baca Al-Quran. Kemudian memasak untuk Abi dan Ummi? Dan Humaira pernah marah-marah sebab abang tak hiraukan Humaira semasa kita terserempak di masjid hari tu. Humaira dulu masa kecil suka menjerit.  Dan bila besar, panas baran. Cepat marah. Cepat merajuk. Masa kecil rambut Humaira merah. Pelik dari yang lain. Tapi bila dah besar, nasib bertukar hitam kembali. Hahaha...Betulkan? Kan? Kan?” Usik Ikhwan lalu mencubit pipi isterinya.
“Abang!!! Apa ni? Jangan nak cubit-cubit orang ok! Abang berpakat dengan Abi dan Ummi eh? Cepat mengaku!!! Eeee... Geramnya!!! Siap Ummi dan Abi esok. Pandai kenakan Humaira. Mana aci macam ni. Abang dah tahu banyak rahsia Humaira. Tapi, kenapa abang buat semua ni? Sila terangkan segera!!! Kalau tidak, dipersilakan keluar cik abang. Malam ni tidur kat luar!!!” Balas Humaira seolah-olah bertegas.

Tiba-tiba, dengan tidak semena-mena, Ikhwan memegang tangan isterinya lalu mengucup lembut tangan itu. Humaira benar-benar terkejut. Itulah pertama kali dia diperlakukan sebegitu. Kemudian, suaminya menatap wajahnya dengan penuh kasih sayang. Humaira juga menatap wajah itu. Mata mereka bertembung. Sungguh jernih dan menenangkan pandangan itu.
“Sayang, sebenarnya setiap hari abang mengambil berat tentang diri sayang. Setiap hari abang akan bertanya kepada Abi tentang keadaan sayang. Sayang tahu tak, bila sayang menangis, abang benar-benar rasa bersalah. Abang bukan tidak mahu bertanyakan khabar sayang. Bukan juga tidak mengambil berat tentang sayang. Abang cuma mahukan saat manis itu terjadi pada waktunya. Dan waktunya telah tiba sekarang. Kalau dulu kita sudah bersua muka, bercakap dan sebagainya, abang khuatir itu boleh mendatangkan dosa buat kita bersama. Abang tak nak jadi pencetus kepada dosa sayang. Abang khuatir kita terjebak dalam lembah percintaan yang diharamkan. Ya, benar, kita mungkin hanya berjumpa di khalayak ramai. Berborak secara berjauhan. Tapi ingatlah sayang, syaitan itu ada di mana-mana. Abang tak nak kita terbabas. Sebab abang mencintai sayang. Abang mahu, segalanya itu berlaku saat semuanya telah halal.”

“Abang, sayang tidak menyangka yang sayang akan dipertemukan dengan orang seperti abang. Alahamdulillah... Kau makbulkan juga doaku ya tuhan. Terima kasih untuk semua ini. Maafkan sayang atas sikap sayang yang berfikir bukan-bukan tentang abang selama ini. Sayang menyesal. Tolong maafkan sayang ya”.
“Sayang, sudahlah. Abang tidak pernah ambil hati pun. Abang faham kenapa sayang berfikiran begitu. Maafkan abang juga. Abang tidak berniat melukakan hati sayang.”

“Sayang!!! Erk..sudah jam 12 am. Sudah lewat. Rasanya ada sesuatu yang belum kita selesaikan.” Usik Ikhwan sambil tertawa kecil.

“Abang??? Apa? Humaira seolah-olah kehairanan.

“Pergi ke bintang bersama abang.”

Lampu dipadamkan...

Dan pabila saatnya telah halal, segalanya pasti indah. Diukir perhubungan dengan nilai Islam, pasti penghujungnya adalah kebahagiaan.

4/8/2012
Ramadhan yang ke 15

-Che Han-