Pujaan Hati

Monday, August 5, 2013

6 Bulan sebagai Property Negotiator

Hari ini cukup 6 bulan kerjaya saya sebagai Real Estate Negotiator. Baru setahun jagung. Nak panggil setahun jagung pun malu. Maybe sebulan jagung lagi sesuai…

Saya masih ingat, ketika habis degree, ramai kawan2 saya join bidang2 lain yg mana mepunyai gaji yang tetap. Tapi saya, saya buat keputusan untuk masuk bidang ini, walaupun saya sedar gajinya bergantung kpd komisyen semata-mata…




Tiga bulan pertama ia amat sukar bagi saya. Macam-macam perkara berlaku. Dengan pengalaman yang tidak ada, saya gagahkan diri untuk mencuba. Hasil guide dari senior, saya lakukan perlahan-lahan.  Antara perkara yang saya pernah lalui:-
  
  1- Banyak soalan2 yang saya tidak tahu jawab yang dikemukakan oleh client kpd saya.

  2- Pernah berlaku satu kes yang mana kes itu hampir selesai, tapi vendor cancel last minute. Stress sangat, tapi semua itu silap saya. Kerana tidak mengambil tandatangan vendor. Kesannya vendor boleh cancel bila2 masa tanpa risau dikenakan tindakan apa2.

   3- Ada ketika kita dh buat yg terbaik. Tapi masalah berlaku kerana orang lain.Kadang-kadang vendor lambat bagi dokumen, purchaser lambat bagi dokumen, malahan kadang2 lawyer juga lambat bertindak. Semua ini beri kesan kpd kita.

Tiga bulan pertama, saya terpaksa berjimat cermat. Maklumlah, tidak ada apa2 komisyen pun yang saya dapat. Susah sebenarnya. Tiap2 malam stress. Fikir itu, fikir ini. Sehingga nak tidur, nak pejam mata itu memang susah…

Tapi, betul orang kata. Rezeki itu ada di mana2. Setelah lebih 3 bulan, segalanya menjadi semakin ok. Saya juga sudah semakin faham dan tahu prosedur, kehendak client, urusan bank dan lain2. Hasilnya, hari ini cukup 6 bulan, saya dah selesai menjual 7 biji rumah. Saya dah buat 11 close deal. 7 selesai dijual (means dah sign snp) manakala 4 cancel atas masalah2 tertentu. Saya x sure samada angka ini banyak atau tidak untuk orang yg baru seperti saya. Tapi inilah yang saya mampu lakukan setakat ini. Berikut senarai ringkas property yg saya dah jual. Semuanya murah2 je. Belum dapat yang mahal2…

   1- Shop Apartment Taman Sri Manja, PJ (RM 142,000)
   2- 1 sty Taman Klang Indah, Klang (RM 150,000)
   3- 2 sty Puncak Alam (RM 200,000)
   4- 1 sty Taman Perepat Permai, Kapar (RM 135,000)
   5- Kiambang Apartment, Bukit Subang (RM 120,000)
   6- 2 sty Seksyen 19, Shah Alam (RM 180,000) 
   7- Shop Apartment Pusat Komersial Seksyen 7, 
      Shah Alam (RM 190,000)




Jangan tanya saya berapa komisyen yang saya dapat. Saya beritahu ringkas sahaja. Setiap rumah yang dijual, real estate negotiator akan dapat 3% dari harga rumah. Daripada 3% itu, 70 % adalah untuk dirinya dan 30% adalah untuk syarikat.

Sekarang, saya sudah dapat kerja yg dapat gaji tetap. Mulai 15/8 saya akan bertugas di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, DBKL sebagai Pegawai Penilaian. Kalau diikutkan, saya tidak perlu lagi khuatir dan risau mengenai gaji, kerana setiap bulan income tetap itu ada. Hmm…Setelah 6 bulan, akhirnya kepala saya kembali tenang. Kalau sebelum ini saya khuatir mengenai wang, maybe lepas ni kerisauan itu boleh dikurangkan.

Namun demikian, saya akan teruskan kerja jual beli rumah ini. Maybe hujung minggu saya tidak berapa nak ada. Saya perlu fokuskan juga kpd urusan jual beli rumah. Saya sayang untuk meninggalkan bidang ini walaupun dah dapat kerja lain. Doakan saya ya. Agar terus istiqamah untuk melakukan 2 kerja dalam satu masa..

Inilah sedikit coretan saya. Bukan hendak menunjuk, Cuma saya suka bercerita pengalaman. Mana tahu, ada benda baik yg boleh dikongsikan.

Akhir kalam, dalam hidup ini, jangan takut untuk mencuba. Jangan khuatir untuk melakukan apa2. Bertindak sahaja. Insyaallah…Allah bantu mereka yang berusaha!!!

PILIHLAH!!!



 ~Adzhan~

Tuesday, April 23, 2013

3 Bulan sebagai Property Negotiator



Malam ini terasa sedikit bosan. Sebentar tadi hujan renyai-renyai di luar rumah. Sekarang dah berhenti nampaknya. Tiada apa yang nak di buat. Lalu kepala ini berlegar-legar. Merenung kembali kehidupan yang hampir 3 bulan sebagai seorang yang bukan student lagi. 


Hampir 3 bulan aku bekerja. Property Negotiator atau dalam bahasa mudahnya ejen hartanah. Menjadi orang tengah dalam urusan jual beli hartanah. Hampir 3 bulan ini aku banyak belajar. Banyak sangat. Yang mana semua ini aku tidak belajar pun semasa menjadi student dahulu. Nampak sekali~~~Aku hanya tahu benda yang ditulis dalam buku, realiti sebenar aku juga tidak tahu.


Sebenarnya aku telah meletakkan target untuk kerja ini. Target untuk menjual seberapa banyak rumah sebelum bulan 7. Kenapa bulan 7??? Kerana bulan 7 akan ada interview untuk jawatan2 lain. Valuer, Tenaga Pengajar Muda, dan lain2. Khuatir~~~Andai ada rezeki, ditawarkan jawatan lain. Lalu bagaimana dengan property negotiator ni??? Mahu tinggalkan terus ke??? Pastinya tidak. Property Negotiator ini akan dijalankan secara part time. Tapi pastinya tidak mampu memberikan fokus 100% seperti sekarang. Kerana itulah aku berusaha bermatian dalam masa yang berbaki ini. Supaya aku berjaya membina tapak dalam kerja ini. 


Dalam hampir 3 bulan ni, banyak cabaran yang ditempuhi. Rasanya tidak banyak pun aku enjoy selama 3 bulan ni. Hujung minggu selalunya penuh bawa buyer tengok rumah. Dalam masa 3 bulan ni, aku baru dapat buat 5 close deal. 1 close deal terpaksa dibatalkan kerana buyer punya loan x lulus. 1 close deal lagi juga batal. Dugaan~~~Owner tiba-tiba cancel untuk dijual. Sedangkan loan dan snp semuanya dah siap. So aku terpaksa rumah lain kepada pembeli tersebut. 1 close deal orang beli cash. So insyaallah yang ni tiada masalah. Cuma 2 close deal lagi dalam proses loan. Resah juga menunggu. Kalau loan x lulus, aku pun x dapat apa2 lah. Rugi~~~



Kerja ni nampak mudah. Tapi sebenarnya mencabar. Kekadang terpaksa bawa buyer tengok rumah malam. Di situ banyak risikonya.Lagi-lagi aku hanya bawa motor. Cabaran lain kerenah buyer dan seller.Macam-macam kerenah. Aku layan saja. Kesabaran memang perlu. Kekadang seller marah, buyer buat hal, bawa buyer banyak tapi x close2 pun, seller cakap lain buat lain dan macam-macam lagi. Aku juga berdepan ketidakpercayaan oleh client. Sebab aku bermotor sahaja. Sedangkan ejen2 lain semua pakai kereta besar. So, bukan mudah nak percaya kepada aku yang hanya bawa motor. Ada kes buyer tangkap no plat motor. Ada buyer yang tunggu dalam kereta sebab nak tengok aku naik apa. 



Kerana itu aku lebih suka buat urusan di office. Tapi masalahnya mereka nak datang office susah. Hujan panas dah perkara biasa. Rasanya kulit ni makin hitam. Hahahah~~~




Apa pun, dalam masalah2 ini, banyak juga kebaikan. Aku boleh kenal orang luar. Aku kenal lawyer, pihak bank, kontraktor, orang-orang besar, orang kaya, miskin dan lain2. So lepas ni mudah kalau nak buat apa2...Kalau kena saman ke, ada orang buat jahat kat kita ke, ada lawyer yang boleh kita percaya. Kalau ada saudara nak submit loan, boleh aku tolong submitkan. Itu dah dikira 1 khidmat. Itulah untungnya...Dalam erti kata lain networking...


Berbalik kpd kerja masa hadapan, sebenarnya aku sayang kerja ini. Kalau boleh nak kerja ni je sampai bila2. Kerana aku yakin, kerja ni ada masa hadapan. Lecturer jugak galakkan dulu. Cuma income kita tidak tetap. Itu sahaja. Tapi kalau berusaha, pasti kita akan dapat. Hmm...Dalam menunggu kerja lain yang sesuai ni, ak tawakkal. Biarlah Allah tunjukkan jalan. Mana kerja yang terbaik, pasti dia tahu...


Sebelum menutup cerita, 30hb ni akan pergi dinner Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah. Badan yang mengelola profesion kitorang. Di situ aku akan menerima anugerah. Hoho~~~Anugerah Pelajar Terbaik UiTM. Rasa macam x percaya. Dan x layak. Aku bertanya balik kpd pihak lembaga. Betul ke nama aku yang naik??? Lalu mereka kata, mereka hantar surat kpd UiTM minta nama pelajar terbaik. Dan pihak UiTM bagi nama aku. 1 pelajar Uitm, 1 pelajar UM, dan 1 pelajar UTM...Hmm...Jika itu dah jawapannya, aku harus terima lah. Memegang status itu bukan mudah. Kerana itu aku harus bekerja kuat. Supaya aku bukan cemerlang akademik sahaja, tapi juga cemerlang dalam profesion kerja aku. Moga-moga ada jalan yang terbaik nanti...



Apa pun,aku akan meneruskan usaha. Dalam baki usia yang ada sekarang,aku akan terus berusaha. Mencapai kejayaan dalam kerjaya. Aku tidak mahu dilena kejayaan manis dalam bidang akademik semata-mata. Kerana itu bukan kejayaan sebenar. Itu hanya permulaan.


Akhir kata, "kejayaan tidak dilihat pada berapa banyak pengiktirafan yang kamu dapat, tapi ia dilihat pada berapa banyak usaha yang kamu lakukan"...


Salam.
#23.04.13#10:12am

-Che Han-

Monday, March 11, 2013

Memberi Tempoh untuk Diri Sendiri

Saya memberi tempoh sehingga bulan 7 kepada diri saya sendiri untuk mendapatkan beberapa perkara berikut:-




Kereta sangat penting untuk kerjaya saya. Saya terpaksa ke hulu dan ke hilir menggunakan motor sekarang. Kekadang client x berapa percaya kpd saya kerana saya menggunakan motor... Sedih kan??? Hehe...





Telefon baru sangat penting!!!Sebab telefon biasa saya sekarang tidak banyak function. Nak search tempat pun x boleh. So, macam mana nak pergi tengok rumah kt lokasi2 yg saya x pernah pergi. Kan......???





Simpanan duit. Sangat penting!!! Ada jumlah tertentu yg saya telah target. Tapi xleh lah mention kat sini. Duit simpanan untuk perkara akan datang. Apakah??? Jeng2~~~



*****************Kahwin xda dalam tempoh 2 ke??? Jawapannya tiada. Kenapa??? Sebab saya sudah tidak mahu meletakkan sebarang target masa untuk berkahwin. Biarlah Allah sahaja yg membuka jalannya. Saya hanya mampu berdoa dan "usaha" mengikut apa yang dibenarkan.



Itu sahaja coretan malam ini. Ingatlah!!! Hidup ini harus ada sebuah target. Jika hidup tanpa target, kita maybe akn terleka. Sedar2 dah tua,sedangkan diri tidak ada apa2..



Jap2~~~Apa yg saya tulis ini hanya target hal dunia sahaja. Untuk target hal akhirat, rasanya tak perlulah kita coretkan. Biar semua itu antara kita dan Allah sahaja.


Coretan,


Che Han

Isnin
11/03/13

Saturday, February 16, 2013

Anugerah Naib Canselor (Sebuah Perjalanan yang Panjang)




Salam... Selamat malam semua. Malam ini saya ingin menceritakan sebuah perjalanan. Perjalanan yg saya kira sangat panjang. Dan hari ini, perjalanan itu berakhir. Berakhir dengan sempurna. Berakhir dengan jayanya!!! Tujuan cerita ini ditulis bukan untuk membanggakan diri atau untuk menunjuk-nunjuk semata-mata. Saya berharap anda semua tidak salah faham dengan post kali ini. Tujuan saya menulis hanyalah untuk meluahkan segala penat lelah, jerih perih, suka duka sepanjang perjalanan yang cukup panjang ini...


1996 (PRA SEKOLAH)


Tahun yang sepatutnya saya mendaftarkan diri untuk pertama kalinya sebagai seorang pelajar. Pelajar di pra sekolah. Namun demikian, saya tidak layak. Ketika itu saya masih kecil.Tidak tahu apa sebabnya. Ketika orang semua ke sekolah, saya duduk di rumah keseorangan. Ketika itu saya masih belum mengenal erti sebuah kekecewaan. Namun kelihatan di raut wajah abah dan ummi, mereka kecewa. Kerana mungkin mereka mahukan saya mendapat pendidikan lebih awal. 


1997-2001 (SEK.KEB.BUKIT AWANG)


Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang. Ketika itu, saya memang tidak pernah merasai suasana di sekolah. Abah khuatir saya menangis. Lalu hari pertama dia menunggu di luar kelas sehinggalah saya tamat kelas. Saya masih ingat, ketika itu, pelajaran pertama ialah kami diminta untuk melukis apa sahaja lukisan yang ada di dalam kelas. Lalu saya melukis seekor ikan. Saya masih ingat ketika itu~~~


Cantik giler2 kan lukisan saya? Hehe...

Dipendekkan cerita, sepanjang di sekolah rendah, saya menjadi pelajar cemerlang. Saya sering mendapat tempat pertama. Paling teruk tempat kedua. Lalu saya terus menjadi harapan pihak sekolah, ibu bapa, dan saudara terdekat untuk mendapatkan 5A ketika UPSR. Disebabkan sekolah di kampung, kami tidaklah dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Calon-calon yang menjadi target untuk mendapatkan 5A tidaklah ramai. Dan target utama para guru ialah saya. Pada usia itu, saya diletakkan harapan yang tinggi oleh meraka. Ketika itu saya masih mentah.

Keputusan UPSR keluar, berita mengejutkan apabila tiada seorang pun dari kami yang mendapat 5A. Saya pula hanya mampu mendapat 4A 1B. Para guru sangat kecewa. Ayah dan ummi lagilah kecewa. Saya sendiri lupa perasaan saya ketika itu. Kecewa juga mungkin. Kali kedua saya mengecewakan kedua orang tua saya...


2002-2004 (SMK DATO' AHMAD MAHER)

3 Ibn Sina 2004

Disebabkan saya seorang sahaja pelajar yang mendapat 4A1B, pihak sekolah minta saya apply ke sekolah elit di bandar Kota Bharu. Nasib saya baik, kerana ketika itu, sekolah seperti nama di atas merendahkan sedikit syarat kelayakan  untuk masuk ke tempat mereka. Kalau sebelum ini, wajib 5A. Tapi kini 4A1B. Mungkin ini rezeki saya.

Ketika usia muda itu, saya telah diminta untuk tinggal di asrama sekolah. Berpisah dengan keluarga. Saya mula mengenali hidup di asrama. Sememangnya tidak sama di rumah. Saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri. Kerana saya bukanlah anak yang manja, malahan saya anak sulung. Banyak perkara yang saya belajar di asrama. Paling banyak ialah mengenali sifat manusia yang pelbagai.

PMR!!! Untuk pertama kalinya, saya tidak menghampakan kedua ibu bapa saya. Saya mendapat 8A1B. Walaupun ada B, tapi itu sudah cukup. Ternyata mereka gembira. 


2005-2006 (MRSM KOTA PUTRA,BESUT)


Setelah PMR, saya diberi pilihan untuk terus kekal di sekolah lama atau ke MRSM. Sekolah lama saya itu sudah pun sekolah cemerlang. Sekolah elit. MRSM juga merupakan tempat yang sangat bagus. Tempat yang juga berkualiti. Saya telah membuat keputusan untuk ke MRSM. Di sana, kehidupan kami sedikit bebas walaupun berada di asrama. Sistemnya tidak sama dengan skolah biasa. Ia lebih kepada melatih kita untuk persediaan kehidupan di universiti. Saya gembira kerana itulah yang saya cari.




Di sini pastinya fokus lebih kepada SPM. Tiba-tiba, saya mulai sedar yang saya seperti tidak boleh memahami banyak subjek sains. Contohnya Biologi, Kimia dan Fizik. Sedangkan subjek2 sastera seperti BM, Sejarah dan lain2 amat mudah bagi saya. Akhirnya, SPM saya hanyalah 4A 4B 1C. Untuk yang ketiga kalinya, saya mengecewakan Ummi dan Abah saya. Sebenarnya, disebabkan saya pelajar cemerlang dari kecil, saya menjadi tumpuan orang kampung. Mereka memang ingin tahu keputusan saya. Jadi, bila keputusan SPM keluar, keputusan saya tidaklah boleh dibanggakan. Sedangkan ramai kawan2 saya di kampung yang mendapat result lagi hebat dari saya walaupun bersekolah di kampung. Namun apa boleh buat. Saya sudah tersilap dalam langkah saya. Saya tahu ketika itu abah dan ummi saya malu dengan mereka. Saya tahu semua itu walaupun mereka tidak pernah beritahu. 



2007-2008 (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)


Saya anak sulung. Abah dan ummi saya memang tidak tahu sangat mengenai akademik semua ini.Mereka tidak tahu untuk guide saya bagi memilih kursus yang bagus di universiti. Saya tidak pernah menyalahkan mereka. Mereka adalah terbaik walaupun tidak berpendidikan tinggi. Jadi, tanpa sebarang guide, saya memilih kursus yang tidak layak dengan keputusan saya. Kesilapan saya juga kerana tidak pernah merujuk guru2 untuk semua ini. Saya pelajar yang agak pasif. Jenis malu untuk bertanya. 

Lalu saya tidak ditawarkan ke mana-mana universiti. Hanya mendapat tempat di matrikulasi dalam bidang sains hayat. Seperti mana saya beritahu td, saya sudah menyedari yang saya tidak sesuai untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sains. Namun kerana tiada pilihan, saya terpaksa juga pergi. Dengan harapan supaya saya jatuh cinta pd bidang sains seperti orang lain.




Namun, saya tetap gagal. Saya masuk ke dewan kuliah tanpa memahami apa-apa. Masuk, dan dengar. Cuba bertanya kawan2 selepas itu, namun saya tetap tidak dapat memahami. Semester pertama saya hanya mendapat 2.55. 

Dan menyedihkan sekali semester kedua iaitu semester terakhir, saya hanya mendapat 1.3 lebih. Lalu total CGPA saya 1.89. 


SAYA GAGAL!!! DAN SAYA JUGA GAGAL UNTUK KE UNIVERSITI!!!!


APRIL 08-SEPTEMBER 08

Ketika ini, bermulalah kehidupan kelam saya. Semua kawan2 masuk universiti. Saya keseorangan di kampung. Banyak perkara yang saya hilang ketika ini. Saya hilang dunia gembira saya. Saya hilang kepercayaan semua orang yang pernah meletakkan kepercayaan kepada saya. Dan saya juga hilang seseorang yang pernah menyentuh hati saya. Saya tidak tahu nak buat apa. Saya tengok raut wajah ummi abah. Secara tidak sedar, saya mengecewakan mereka untuk KALI KE 4!!! 




Sepanjang tempoh ini, kehidupan kami sekeluarga memang tidak gembira sangat. Saya resah, keliru tentang masa depan. Cukuplah. Saya tidak mahu ungkit kisah lama. Tidak perlu diingati lagi!!!


SEPTEMBER 08-DECEMBER 08


Kebosanan dan keresahan saya sedikit terubat. Saya mendapat tempat di salah sebuah institut pendidikan di Bangi iaitu INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) namun hanya untuk sijil sahaja iaitu SIJIL PENILAIAN HARTANAH. Abah minta saya untuk pergi. Sebabnya kerana institut ini di bawah kerajaan dan kursusnya mengenai hartanah yang mana satu kursus yang sangat bagus. Saya pergi tanpa expect apa2. Perjalanan saya pasti panjang. Bermula dengan sijil. Namun saya redha...

Tuhan sememangnya sudah ada jalan buat kita. Ketika ini, barulah saya sedar, inilah kursus yang sangat sesuai dengan saya. Saya belajar tanpa tekanan, saya boleh memahami dengan mudah. Saya gembira. Para pensyarah amat mengambil berat walaupun rata2 dari kami bukanlah golongan yang hebat. Ramai antara kami yang mempunyai kisah yang hampir sama dengan saya. Ketika ini saya belajar sesuatu. Gagal seteruk mana pun kita, ia bukan bererti kita gagal selamanya. Saya mendapat semangat baru.



Namun demikian, ketika December 2012, UiTM telah membuka permohonan kemasukan baru ke tempat mereka. Dan saya telah ditawarkan tempat. DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH DI UITM SRI ISKANDAR PERAK. Kursus yang hampir sama di INSPEN. Atas nasihat para pensyarah, saya meninggalkan bumi INSPEN. Dengan hati yang sangat berat. Kerana ketika itu saya sangat menyayangi tempat tersebut dan gembira di sana.


2008-2009 (UITM SRI ISKANDAR)


Ketika ini, bolehlah saya beritahu yang kehidupan saya sudah cerah kembali. Pertama kali melangkah ke gerbang universiti, tekad saya hanya satu. MENEBUS KEMBALI KESILAPAN KETIKA DI MATRIKULASI!!!

Peperiksaan pertama saya ketika semster 1, saya mendapat 3.7. Dan sekaligus berjaya mendapat biasiswa JPA. Bermula dari saat itu, abah tidak perlu lagi memberikan duit poket kepada saya. Duit yang JPA bagi sangat cukup malahan lebih. Saya bersyukur. Ini semua rezeki Allah. Saya ingin membalas semua kesilapan dan kegagalan saya ketika waktu itu. Saya meneruskan pelajaran sehingga ke semester 3. Tiga semester berturut2 saya DEAN LIST!!! Alhamdulillah syukur~~~

Setelah semester 3, UiTM ada membuka satu tawaran kepada sesiapa yang ingin memendekkan tempoh pelajaran mereka. Maksudnya terus lompat ke Degree. Ramai ketika itu rakan2 yang teragak2 untuk menyambung. Kerana berisiko. Jika tidak berjaya menghabiskan Degree tersebut, maknanya saya tidak ada kelayakan apa2. Hanya ada SPM!!!

Hanya 8 orang rakan2 saya yang ingin melompat dan saya antara mereka. Tanpa teragak2, saya lompat ke Degree. 


2010-2013 (UITM SHAH ALAM)


UiTM Shah Alam Aku Datang!!! Di sini, saya harus menghabiskan 5 semester. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah. Sememangnya bukan sesuatu yang mudah menjadi seorang pelajar. Kamu semua pasti memahaminya.

Namun, ketika di sini, saya sedikit aktif. Tidak mahu lagi menjadi pasif. Saya mulai sedar yang kecemerlangan akademik bukanlah ukuran semata-mata. Saya mula masuk mana2 program. Antara yang saya suka ialah menjadi fasilitator kepada pelajar2 baru yang akan masuk ke UiTM. Ketika di Sri Iskandar pun, saya join benda ni. Niat saya satu, tidak mahu mereka menjadi seperti saya. 

MDS MARCH 2012 UITM SHAH ALAM


Antara soalan2 yang selalu mereka tanya:-

"Abang, saya tidak minat kursus ini. Macam mana saya nak tukar kursus?"

Maksudnya, ramai antara mereka seperti saya ketika waktu dulu. Saya cuba memberikan jalan yang terbaik buat mereka sekurang-kurangnya mereka tidak "terlanjur" seperti saya.

Mengenai pembelajaran, saya meneruskan pencapaian saya. Dekan setiap sem. Tahun terakhir, saya menerima jawatan untuk menjadi AJK BADAN PEERS KAUNSELOR UITM SHAH ALAM. Sebuah kelab yang lebih kepada fasilitator dan kaunseling. 

SUNGAI CHILING WITH PEERs 


Saya menjadi semakin sibuk di tahun terakhir. Banyak program diatur. Kekadang, saya masuk kelas jasad di kelas tapi otak kepada program. Kerana ini satu amanah, tanggungjawab yang saya telah terima. Jadi saya harus utamakan. Saya sangat bimbang. Saya hanya ada 2 semester untuk mengekalkan pointer saya. Jika gagal, saya akan gagal untuk Anugerah Naib Canselor. Semester 5 saya masih mengekalkannya. Dan tibalah untuk semester terakhir.

Mengapa saya mengejar ini??? Jawabnya mudah, untuk kepuasan diri & untuk menebus kegagalan di waktu dulu. Saya ingin buktikan, yang kegagalan dahulu, bukan alasan kepada kejayaan hari ini. Saya ingin memberikan hadiah kepada mereka2 yang telah saya kecewakan dulu...

Dan...15 FEBRUARI 2013, segalanya terjawab. Debaran itu tamat. 2 jam saya menunggu keputusan tanpa mampu duduk senang. Jika kamu berada di tempat saya, kamu pasti akan memahami. Seperti saya ingin berlari 100m. Saya sudah hampir ke garisan penamat. Jika tiba2 saya terjatuh, maknanya saya gagal. Namun jika saya berjaya melepasi garisan penamat, maknanya saya berjaya...

Dan...




ANUGERAH NAIB CANSELOR MILIK SAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saya masih ingat, abah saya ada memberitahu, ketika saya di INSPEN dulu, ada orang bertanya kepada abah saya lebih kurang berbunyi,

"Anak kamu yang failed dulu belajar kat mana sekarang???"

Saya tahu waktu itu, abah saya sangat sedih dan malu... Dia tidak perlu ungkap, saya sememangnya sudah tahu. 

Apa pun, bulan 5 nanti di majlis konvokesyen, saya pasti abah dan ummi saya tidak akan malu lagi...Terima kasih Ya Allah~~~


Gambar ni xleh dibetulkan la pulak!!!



Saya masih ingat, sebelum saya tinggalkan INSPEN dulu, salah seorang lecturer saya berpesan:

"Tidak penting dari mana kamu bermula, tapi yang penting di mana kamu berakhir"

Maafkan saya kalau post kali ini seperti membangga diri. Saya sebenarnya sekadar ingin meluahkan. Rasa yang selama ini saya simpan. Penat lelah mengejar sebuah kejayaan. Letih dan jerih menebus kesilapan dulu. Tiada niat ingin bangga dengan apa yang ada sekarang. .Saya tahu, penghujungnya bukan di sini. Masih jauh perjalanan itu. Dan perjalanan baru saya sudah pun bermula. Mencapai cita-cita saya untuk menjadi registered estate agent yang berjaya!!!

Jika ada yang baik, ambillah pedoman. Jika ada yang buruk, maafkan saya...



-Che Han-

1:45am
16 Februari 2013





Sunday, February 3, 2013

Property Negotiator (Di sini Bermula)


Salam semua... Malam ini nak menulis sedikit. Hmm... Esok bermulalah kehidupan baru ku. Kehidupan sebagai seorang pekerja. Property Negotiator nama diberi. Maksudnya menjadi orang tengah dalam urusa n penjualan,pembelian dan sewaan hartanah. 


Kerja ni bukan mudah. Bukan ada gaji tetap tiap-tiap bulan. Cuma bezanya ialah siapa yg rajin dan berusaha dia akan menjadi kaya. Siapa yg malas, dia akan terlena bersama angan-angannya. Aku tidak terikat dengan jadual kerja di opis. Aku juga bebas untuk cuti bila-bila masa sahaja. Tapi, aku harus fikir, jika aku malas, aku akan miskin dan tidak berduit. 


Kenapa aku memilih kerja ini? Kenapa aku tidak apply kerja lain yg boleh memberikan income tiap-tiap bulan walaupun tak banyak? 

Sebab aku MINAT. Aku rasa aku boleh lakukan. Ini adalah kerja yg lecturer selalu katakan kpd kami supaya lakukan kerja ini. Tetapi kata mereka, tiada usaha, kamu gagal. Sebab kamu hanya dapat gaji jika kamu rajin. Lalu aku berfikir, kalau kerja bergaji tetap sekalipun kita tetap kena berusaha. 


Sebab kedua kerja ini INCOME tinggi. Ya sangat tinggi. Jika betul2 usaha dan rajin, hendak kaya sekejap sahaja. Huhu...Adakah aku jenis yg mengejar kekayaan??? Siapa yg tidak mahu kaya kan? Ya aku harus menjadi kaya untuk menyenangkan hidup bakal ISTERI ku, bakal ANAK-ANAK ku. Aku tidak mahu mereka hidup terlalu susah kerana aku yg tidak mampu memberikan apa-apa.


Sebab ketiga CABARAN. Ya aku suka cabaran. I'm a risk taker. Hidup ni kena berani. Tapi berani bukan sebarang berani. Kena ada perancangan yg baik. Insyaallah, aku memang ada perancangan itu. Samada aku gagal atau tidak, aku tetap juga kene mencuba. 


Insyaallah aku akan cuba yg terbaik. Berjaya atau gagal, soal kedua. Aku tetap kena mencuba. Dan bekerja sekuat mungkin. Untuk mereka-mereka yang aku sayang...


Che Han
03/02/2013