Pujaan Hati

Sunday, February 3, 2013

Property Negotiator (Di sini Bermula)


Salam semua... Malam ini nak menulis sedikit. Hmm... Esok bermulalah kehidupan baru ku. Kehidupan sebagai seorang pekerja. Property Negotiator nama diberi. Maksudnya menjadi orang tengah dalam urusa n penjualan,pembelian dan sewaan hartanah. 


Kerja ni bukan mudah. Bukan ada gaji tetap tiap-tiap bulan. Cuma bezanya ialah siapa yg rajin dan berusaha dia akan menjadi kaya. Siapa yg malas, dia akan terlena bersama angan-angannya. Aku tidak terikat dengan jadual kerja di opis. Aku juga bebas untuk cuti bila-bila masa sahaja. Tapi, aku harus fikir, jika aku malas, aku akan miskin dan tidak berduit. 


Kenapa aku memilih kerja ini? Kenapa aku tidak apply kerja lain yg boleh memberikan income tiap-tiap bulan walaupun tak banyak? 

Sebab aku MINAT. Aku rasa aku boleh lakukan. Ini adalah kerja yg lecturer selalu katakan kpd kami supaya lakukan kerja ini. Tetapi kata mereka, tiada usaha, kamu gagal. Sebab kamu hanya dapat gaji jika kamu rajin. Lalu aku berfikir, kalau kerja bergaji tetap sekalipun kita tetap kena berusaha. 


Sebab kedua kerja ini INCOME tinggi. Ya sangat tinggi. Jika betul2 usaha dan rajin, hendak kaya sekejap sahaja. Huhu...Adakah aku jenis yg mengejar kekayaan??? Siapa yg tidak mahu kaya kan? Ya aku harus menjadi kaya untuk menyenangkan hidup bakal ISTERI ku, bakal ANAK-ANAK ku. Aku tidak mahu mereka hidup terlalu susah kerana aku yg tidak mampu memberikan apa-apa.


Sebab ketiga CABARAN. Ya aku suka cabaran. I'm a risk taker. Hidup ni kena berani. Tapi berani bukan sebarang berani. Kena ada perancangan yg baik. Insyaallah, aku memang ada perancangan itu. Samada aku gagal atau tidak, aku tetap juga kene mencuba. 


Insyaallah aku akan cuba yg terbaik. Berjaya atau gagal, soal kedua. Aku tetap kena mencuba. Dan bekerja sekuat mungkin. Untuk mereka-mereka yang aku sayang...


Che Han
03/02/2013

3 comments:

  1. awesome... good job my friend! bertuahlah bakal isteri anda yg misteri tu.

    tak sabar nak tunggu anda berkahwin, so terlerailah kemisterian tersebut. btw semoga maju jaya. man jadda wa jadda... (siapa berusaha, dia akan berjaya)

    haiyaallalfalah_ marilah menuju kejayaan :)

    ReplyDelete
  2. assalam
    Selamat menempuh alam pekerjaan. Moga menjadi pekerja yg telus,
    tapi yakinlah..REZEKI itu dari Allah

    ReplyDelete
  3. amboi..bab kawen2 jugak yg cik aulia komen kan???hahaha...adik2 kawen lewat2 xpe..hihii..ya umiazah...trima ksh 4 da wish...semoga anda brjaya juga...

    ReplyDelete