Pujaan Hati

Saturday, February 16, 2013

Anugerah Naib Canselor (Sebuah Perjalanan yang Panjang)




Salam... Selamat malam semua. Malam ini saya ingin menceritakan sebuah perjalanan. Perjalanan yg saya kira sangat panjang. Dan hari ini, perjalanan itu berakhir. Berakhir dengan sempurna. Berakhir dengan jayanya!!! Tujuan cerita ini ditulis bukan untuk membanggakan diri atau untuk menunjuk-nunjuk semata-mata. Saya berharap anda semua tidak salah faham dengan post kali ini. Tujuan saya menulis hanyalah untuk meluahkan segala penat lelah, jerih perih, suka duka sepanjang perjalanan yang cukup panjang ini...


1996 (PRA SEKOLAH)


Tahun yang sepatutnya saya mendaftarkan diri untuk pertama kalinya sebagai seorang pelajar. Pelajar di pra sekolah. Namun demikian, saya tidak layak. Ketika itu saya masih kecil.Tidak tahu apa sebabnya. Ketika orang semua ke sekolah, saya duduk di rumah keseorangan. Ketika itu saya masih belum mengenal erti sebuah kekecewaan. Namun kelihatan di raut wajah abah dan ummi, mereka kecewa. Kerana mungkin mereka mahukan saya mendapat pendidikan lebih awal. 


1997-2001 (SEK.KEB.BUKIT AWANG)


Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang. Ketika itu, saya memang tidak pernah merasai suasana di sekolah. Abah khuatir saya menangis. Lalu hari pertama dia menunggu di luar kelas sehinggalah saya tamat kelas. Saya masih ingat, ketika itu, pelajaran pertama ialah kami diminta untuk melukis apa sahaja lukisan yang ada di dalam kelas. Lalu saya melukis seekor ikan. Saya masih ingat ketika itu~~~


Cantik giler2 kan lukisan saya? Hehe...

Dipendekkan cerita, sepanjang di sekolah rendah, saya menjadi pelajar cemerlang. Saya sering mendapat tempat pertama. Paling teruk tempat kedua. Lalu saya terus menjadi harapan pihak sekolah, ibu bapa, dan saudara terdekat untuk mendapatkan 5A ketika UPSR. Disebabkan sekolah di kampung, kami tidaklah dikategorikan sebagai sekolah cemerlang. Calon-calon yang menjadi target untuk mendapatkan 5A tidaklah ramai. Dan target utama para guru ialah saya. Pada usia itu, saya diletakkan harapan yang tinggi oleh meraka. Ketika itu saya masih mentah.

Keputusan UPSR keluar, berita mengejutkan apabila tiada seorang pun dari kami yang mendapat 5A. Saya pula hanya mampu mendapat 4A 1B. Para guru sangat kecewa. Ayah dan ummi lagilah kecewa. Saya sendiri lupa perasaan saya ketika itu. Kecewa juga mungkin. Kali kedua saya mengecewakan kedua orang tua saya...


2002-2004 (SMK DATO' AHMAD MAHER)

3 Ibn Sina 2004

Disebabkan saya seorang sahaja pelajar yang mendapat 4A1B, pihak sekolah minta saya apply ke sekolah elit di bandar Kota Bharu. Nasib saya baik, kerana ketika itu, sekolah seperti nama di atas merendahkan sedikit syarat kelayakan  untuk masuk ke tempat mereka. Kalau sebelum ini, wajib 5A. Tapi kini 4A1B. Mungkin ini rezeki saya.

Ketika usia muda itu, saya telah diminta untuk tinggal di asrama sekolah. Berpisah dengan keluarga. Saya mula mengenali hidup di asrama. Sememangnya tidak sama di rumah. Saya tiada masalah untuk menyesuaikan diri. Kerana saya bukanlah anak yang manja, malahan saya anak sulung. Banyak perkara yang saya belajar di asrama. Paling banyak ialah mengenali sifat manusia yang pelbagai.

PMR!!! Untuk pertama kalinya, saya tidak menghampakan kedua ibu bapa saya. Saya mendapat 8A1B. Walaupun ada B, tapi itu sudah cukup. Ternyata mereka gembira. 


2005-2006 (MRSM KOTA PUTRA,BESUT)


Setelah PMR, saya diberi pilihan untuk terus kekal di sekolah lama atau ke MRSM. Sekolah lama saya itu sudah pun sekolah cemerlang. Sekolah elit. MRSM juga merupakan tempat yang sangat bagus. Tempat yang juga berkualiti. Saya telah membuat keputusan untuk ke MRSM. Di sana, kehidupan kami sedikit bebas walaupun berada di asrama. Sistemnya tidak sama dengan skolah biasa. Ia lebih kepada melatih kita untuk persediaan kehidupan di universiti. Saya gembira kerana itulah yang saya cari.




Di sini pastinya fokus lebih kepada SPM. Tiba-tiba, saya mulai sedar yang saya seperti tidak boleh memahami banyak subjek sains. Contohnya Biologi, Kimia dan Fizik. Sedangkan subjek2 sastera seperti BM, Sejarah dan lain2 amat mudah bagi saya. Akhirnya, SPM saya hanyalah 4A 4B 1C. Untuk yang ketiga kalinya, saya mengecewakan Ummi dan Abah saya. Sebenarnya, disebabkan saya pelajar cemerlang dari kecil, saya menjadi tumpuan orang kampung. Mereka memang ingin tahu keputusan saya. Jadi, bila keputusan SPM keluar, keputusan saya tidaklah boleh dibanggakan. Sedangkan ramai kawan2 saya di kampung yang mendapat result lagi hebat dari saya walaupun bersekolah di kampung. Namun apa boleh buat. Saya sudah tersilap dalam langkah saya. Saya tahu ketika itu abah dan ummi saya malu dengan mereka. Saya tahu semua itu walaupun mereka tidak pernah beritahu. 



2007-2008 (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang)


Saya anak sulung. Abah dan ummi saya memang tidak tahu sangat mengenai akademik semua ini.Mereka tidak tahu untuk guide saya bagi memilih kursus yang bagus di universiti. Saya tidak pernah menyalahkan mereka. Mereka adalah terbaik walaupun tidak berpendidikan tinggi. Jadi, tanpa sebarang guide, saya memilih kursus yang tidak layak dengan keputusan saya. Kesilapan saya juga kerana tidak pernah merujuk guru2 untuk semua ini. Saya pelajar yang agak pasif. Jenis malu untuk bertanya. 

Lalu saya tidak ditawarkan ke mana-mana universiti. Hanya mendapat tempat di matrikulasi dalam bidang sains hayat. Seperti mana saya beritahu td, saya sudah menyedari yang saya tidak sesuai untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang sains. Namun kerana tiada pilihan, saya terpaksa juga pergi. Dengan harapan supaya saya jatuh cinta pd bidang sains seperti orang lain.




Namun, saya tetap gagal. Saya masuk ke dewan kuliah tanpa memahami apa-apa. Masuk, dan dengar. Cuba bertanya kawan2 selepas itu, namun saya tetap tidak dapat memahami. Semester pertama saya hanya mendapat 2.55. 

Dan menyedihkan sekali semester kedua iaitu semester terakhir, saya hanya mendapat 1.3 lebih. Lalu total CGPA saya 1.89. 


SAYA GAGAL!!! DAN SAYA JUGA GAGAL UNTUK KE UNIVERSITI!!!!


APRIL 08-SEPTEMBER 08

Ketika ini, bermulalah kehidupan kelam saya. Semua kawan2 masuk universiti. Saya keseorangan di kampung. Banyak perkara yang saya hilang ketika ini. Saya hilang dunia gembira saya. Saya hilang kepercayaan semua orang yang pernah meletakkan kepercayaan kepada saya. Dan saya juga hilang seseorang yang pernah menyentuh hati saya. Saya tidak tahu nak buat apa. Saya tengok raut wajah ummi abah. Secara tidak sedar, saya mengecewakan mereka untuk KALI KE 4!!! 




Sepanjang tempoh ini, kehidupan kami sekeluarga memang tidak gembira sangat. Saya resah, keliru tentang masa depan. Cukuplah. Saya tidak mahu ungkit kisah lama. Tidak perlu diingati lagi!!!


SEPTEMBER 08-DECEMBER 08


Kebosanan dan keresahan saya sedikit terubat. Saya mendapat tempat di salah sebuah institut pendidikan di Bangi iaitu INSTITUT PENILAIAN NEGARA (INSPEN) namun hanya untuk sijil sahaja iaitu SIJIL PENILAIAN HARTANAH. Abah minta saya untuk pergi. Sebabnya kerana institut ini di bawah kerajaan dan kursusnya mengenai hartanah yang mana satu kursus yang sangat bagus. Saya pergi tanpa expect apa2. Perjalanan saya pasti panjang. Bermula dengan sijil. Namun saya redha...

Tuhan sememangnya sudah ada jalan buat kita. Ketika ini, barulah saya sedar, inilah kursus yang sangat sesuai dengan saya. Saya belajar tanpa tekanan, saya boleh memahami dengan mudah. Saya gembira. Para pensyarah amat mengambil berat walaupun rata2 dari kami bukanlah golongan yang hebat. Ramai antara kami yang mempunyai kisah yang hampir sama dengan saya. Ketika ini saya belajar sesuatu. Gagal seteruk mana pun kita, ia bukan bererti kita gagal selamanya. Saya mendapat semangat baru.



Namun demikian, ketika December 2012, UiTM telah membuka permohonan kemasukan baru ke tempat mereka. Dan saya telah ditawarkan tempat. DIPLOMA PENGURUSAN HARTANAH DI UITM SRI ISKANDAR PERAK. Kursus yang hampir sama di INSPEN. Atas nasihat para pensyarah, saya meninggalkan bumi INSPEN. Dengan hati yang sangat berat. Kerana ketika itu saya sangat menyayangi tempat tersebut dan gembira di sana.


2008-2009 (UITM SRI ISKANDAR)


Ketika ini, bolehlah saya beritahu yang kehidupan saya sudah cerah kembali. Pertama kali melangkah ke gerbang universiti, tekad saya hanya satu. MENEBUS KEMBALI KESILAPAN KETIKA DI MATRIKULASI!!!

Peperiksaan pertama saya ketika semster 1, saya mendapat 3.7. Dan sekaligus berjaya mendapat biasiswa JPA. Bermula dari saat itu, abah tidak perlu lagi memberikan duit poket kepada saya. Duit yang JPA bagi sangat cukup malahan lebih. Saya bersyukur. Ini semua rezeki Allah. Saya ingin membalas semua kesilapan dan kegagalan saya ketika waktu itu. Saya meneruskan pelajaran sehingga ke semester 3. Tiga semester berturut2 saya DEAN LIST!!! Alhamdulillah syukur~~~

Setelah semester 3, UiTM ada membuka satu tawaran kepada sesiapa yang ingin memendekkan tempoh pelajaran mereka. Maksudnya terus lompat ke Degree. Ramai ketika itu rakan2 yang teragak2 untuk menyambung. Kerana berisiko. Jika tidak berjaya menghabiskan Degree tersebut, maknanya saya tidak ada kelayakan apa2. Hanya ada SPM!!!

Hanya 8 orang rakan2 saya yang ingin melompat dan saya antara mereka. Tanpa teragak2, saya lompat ke Degree. 


2010-2013 (UITM SHAH ALAM)


UiTM Shah Alam Aku Datang!!! Di sini, saya harus menghabiskan 5 semester. Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hartanah. Sememangnya bukan sesuatu yang mudah menjadi seorang pelajar. Kamu semua pasti memahaminya.

Namun, ketika di sini, saya sedikit aktif. Tidak mahu lagi menjadi pasif. Saya mulai sedar yang kecemerlangan akademik bukanlah ukuran semata-mata. Saya mula masuk mana2 program. Antara yang saya suka ialah menjadi fasilitator kepada pelajar2 baru yang akan masuk ke UiTM. Ketika di Sri Iskandar pun, saya join benda ni. Niat saya satu, tidak mahu mereka menjadi seperti saya. 

MDS MARCH 2012 UITM SHAH ALAM


Antara soalan2 yang selalu mereka tanya:-

"Abang, saya tidak minat kursus ini. Macam mana saya nak tukar kursus?"

Maksudnya, ramai antara mereka seperti saya ketika waktu dulu. Saya cuba memberikan jalan yang terbaik buat mereka sekurang-kurangnya mereka tidak "terlanjur" seperti saya.

Mengenai pembelajaran, saya meneruskan pencapaian saya. Dekan setiap sem. Tahun terakhir, saya menerima jawatan untuk menjadi AJK BADAN PEERS KAUNSELOR UITM SHAH ALAM. Sebuah kelab yang lebih kepada fasilitator dan kaunseling. 

SUNGAI CHILING WITH PEERs 


Saya menjadi semakin sibuk di tahun terakhir. Banyak program diatur. Kekadang, saya masuk kelas jasad di kelas tapi otak kepada program. Kerana ini satu amanah, tanggungjawab yang saya telah terima. Jadi saya harus utamakan. Saya sangat bimbang. Saya hanya ada 2 semester untuk mengekalkan pointer saya. Jika gagal, saya akan gagal untuk Anugerah Naib Canselor. Semester 5 saya masih mengekalkannya. Dan tibalah untuk semester terakhir.

Mengapa saya mengejar ini??? Jawabnya mudah, untuk kepuasan diri & untuk menebus kegagalan di waktu dulu. Saya ingin buktikan, yang kegagalan dahulu, bukan alasan kepada kejayaan hari ini. Saya ingin memberikan hadiah kepada mereka2 yang telah saya kecewakan dulu...

Dan...15 FEBRUARI 2013, segalanya terjawab. Debaran itu tamat. 2 jam saya menunggu keputusan tanpa mampu duduk senang. Jika kamu berada di tempat saya, kamu pasti akan memahami. Seperti saya ingin berlari 100m. Saya sudah hampir ke garisan penamat. Jika tiba2 saya terjatuh, maknanya saya gagal. Namun jika saya berjaya melepasi garisan penamat, maknanya saya berjaya...

Dan...




ANUGERAH NAIB CANSELOR MILIK SAYA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Saya masih ingat, abah saya ada memberitahu, ketika saya di INSPEN dulu, ada orang bertanya kepada abah saya lebih kurang berbunyi,

"Anak kamu yang failed dulu belajar kat mana sekarang???"

Saya tahu waktu itu, abah saya sangat sedih dan malu... Dia tidak perlu ungkap, saya sememangnya sudah tahu. 

Apa pun, bulan 5 nanti di majlis konvokesyen, saya pasti abah dan ummi saya tidak akan malu lagi...Terima kasih Ya Allah~~~


Gambar ni xleh dibetulkan la pulak!!!



Saya masih ingat, sebelum saya tinggalkan INSPEN dulu, salah seorang lecturer saya berpesan:

"Tidak penting dari mana kamu bermula, tapi yang penting di mana kamu berakhir"

Maafkan saya kalau post kali ini seperti membangga diri. Saya sebenarnya sekadar ingin meluahkan. Rasa yang selama ini saya simpan. Penat lelah mengejar sebuah kejayaan. Letih dan jerih menebus kesilapan dulu. Tiada niat ingin bangga dengan apa yang ada sekarang. .Saya tahu, penghujungnya bukan di sini. Masih jauh perjalanan itu. Dan perjalanan baru saya sudah pun bermula. Mencapai cita-cita saya untuk menjadi registered estate agent yang berjaya!!!

Jika ada yang baik, ambillah pedoman. Jika ada yang buruk, maafkan saya...



-Che Han-

1:45am
16 Februari 2013





20 comments:

  1. Tahniah che han..
    Mmg berbaloi hasil usaha dan peritgetir mengejar segulung ijazah.Hanya yg sabar dgn ujian Allah akan merasai manisnya kejayaan yg perlu disyukuri..Hidup masih panjang dihadapan, harap punya semangat hidup yg sama kental dlm mengharungi hidup mendatang..

    * tukar website ye..:)

    ReplyDelete
  2. trima kasih brother selasih.apa pun, kuatkan semangat dgn apa yg blaku smlam... you are the best!!! tq umiazah... pape pun, bangga melihat keluarga puan. pasti bhagia n sentiaa gembira... bukan tukar.cuma ubah ke nama lama. sbb pkataan buku buruk nmpk spt negatif~~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, saya bersyukur dgn kehidupan saya sekarang. Keluarga saya biasa2 saja..sama spt keluarga yg lain. Setiap keluarga punya cerita tersendiri kan.Mudah2an che han pun bahagia dgn kehidupan che han.

      Delete
  3. ape yang berlaku semalam?? kamo0 salah org kowt~~~ (~~,)

    ReplyDelete
  4. wow!! tahniah!!

    http://fifizaffida.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. TAHNIAH CHE HAN! tak sangka kawan nurul ni seorang yang berjiwa kental walaupun nampak seperti seorang yang soft-spoken... u're great, man.. keep it up! nurul sentiasa mendoakan kejayaan Che dalam mencapai cita-cita Che... teruskan perjuangan ya.. =)

    ReplyDelete
  6. Tahniah wish i can be like u !!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih diatas motivasi dan inspirasi ini, tuan!

    ReplyDelete
  8. tahniah atas kejayaan che han...coretan che han menjadi semangat kepada saya untuk tidak berputus asa.... sangat memberi motivasi.. terima kasih...

    ReplyDelete
  9. Tahniah saudara. Yup kisah saudara tak jauh beze dgn kehidupan saya. Di saat semua rakan di tahun akhir iijazah or bakal bekerja sy masih di diploma. Saya percaya ujian ini tidak sia2. He knows best and the best planner. Congrate. Sebak bace. Huuu

    ReplyDelete
  10. Che Han, nk alamat emel blh? Susur perjalanan hidup kite hampir same..

    ReplyDelete
  11. nak menangis baca ni. sangat inspiring. doakan saya juga :')

    ReplyDelete
  12. cerita yg membangkitkn semangat untuk belajar. kisah kita hampir sama..sy juga menuntut di inspen skrg ni..doakan sy brjaya.. ^_^

    ReplyDelete
  13. salam nk tnya..ijazah pengurusan hartanah brpe tahun ea?

    ReplyDelete
  14. Congrats!! Permulaan perjalanan hidup tuan dgn saya lebih kurang sama,mendapat keputusan spm cukup makan sahaja, tp saya bersyukur. Saya dari sbp berasa amat rendah diri dgn rakan yg lebih berjaya daripada saya. Perjalanan hidup saya bermula Jun ini di uitm. Doakan saya berjaya

    ReplyDelete
  15. Congrats!! Permulaan perjalanan hidup tuan dgn saya lebih kurang sama,mendapat keputusan spm cukup makan sahaja, tp saya bersyukur. Saya dari sbp berasa amat rendah diri dgn rakan yg lebih berjaya daripada saya. Perjalanan hidup saya bermula Jun ini di uitm. Doakan saya berjaya

    ReplyDelete
  16. Tahniahhh tengah search pasal anc nak buat inspire ,jumpa pulak blog ni . Doakan saya anc jugak sebab memang kejar anc, memang bagi orang lain tak penting tapi bagi saya sangat sangat penting untuk kepuasan diri dan makayah . Dr uitm jugak kos qs skrg next sem sem 3 . Another 4 sem to go for deanlist insyaallah

    ReplyDelete
  17. assalam nk tnye..every sem kna dean ke bru dpt anc?

    ReplyDelete
  18. Masa mula2 masuk uitm (diploma) tahun 2015, sy x tahu apa matlamat sy, apa halatuju sy, apa yg sy perlu kejar, sbb xde org guide.. Alhamdulillah, Allah temukan sy dgn blog saudara. Melalui blog saudara, sy tahu ttg ANC. Dan sy tekad nk dptkan ANC utk tebus kekecewaan x dpt straight A spm. Dan sy paling terkesan dgn ayat dari lecutrer saudara "x penting dari mana kamu bermula, yg penting dimana kamu berakhir".. Sy pegang kata2 tu. Alhamdulillah, nov 2018 sy konvo dgn selempang pink 😊😊😊 semoga Allah merahmati saudara sekeluarga

    ReplyDelete